HIDAYAH MILIKMU YA ALLAH

"Sebelum memeluk Islam, saya telah dilatih oleh komuniti Kristian di perkampungan kami untuk menjadi mubaligh Kristian di negara kami. Pengaruh gerakan Kristian di kampung saya cukup kuat dan boleh dikatakan majoriti penduduk di situ adalah pengikut setia ajaran Kristian.

"Malah, mereka jugalah yang menampung kos pembelajaran dan acap kali berjaya mengkristiankan orang, imbuhan yang diperoleh memang lumayan. Demi melahirkan mubaligh Kristian sejati, setiap daripada kami diwajibkan mengkaji bukan sahaja kitab Injil tetapi kitab al-Quran.

"Dalam proses itu jugalah, rupa-rupanya saya terima hidayah Ilahi. Apa tidaknya, semakin saya membuat kajian terperinci dan perbandingan di antara dua kitab ini, banyak kekeliruan yang timbul dan yang peliknya, apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan dijelaskan daripada sunah, itu lebih menyakinkan," cerita pemuda Hilali yang fasih bahasa Inggeris dan bahasa Perancis selain bahasa ibunda etnik negaranya.

Sambung Hilali yang turut kehilangan ibu tercinta, tambah menghairankan beliau, bila mana melihat paderi yang juga merupakan teman rapatnya sedang mendirikan solat. Lebih memeranjatkan, bila teman tersebut menasihatkannya agar berpura-pura masih Kristian, demi keselamatan nyawa.

Namun, beliau sudah menjangkakan akan menghadapi banyak halangan dan tentangan kesan daripada pengislaman diri. Hakikatnya, tidak semua orang seteguh Hilali, sebaik bergelar Muslim, semua aset sama ada di bank mahupun yang berbentuk tanah dan rumah milik keluarganya telah dibekukan dan dirampas. Lebih tambah menyukarkan dia cuma tinggal sehelai sepinggang. Nak tahu lebih lanjut. Sila layari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

APA PLAK NI?

Saat pertama kali ditawarkan watak tersebut, Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Sari bertanya pada dirinya mungkinkah drama tersebut diterima ramai.

“Masa mula-mula saya ditawarkan oleh pihak penerbitan saya sendiri bertanya kepada pengarahnya ada ke orang nak tengok drama ini.

“Lagipun drama tersebut merupakan drama pertama lakonan saya. Jadi saya khuatir tidak ada orang yang mahu menontonnya. Tapi saya sendiri tak menyangka setelah berakhirnya musim pertama, respons yang diterima sungguh memberangsangkan dan disambung ke musim kedua pula,” jelasnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Gadis Si Merah Jambu baru-baru ini.

Akui Sari, bukanlah satu tugas yang mudah untuk melakonkan watak gadis remaja berusia 15 tahun sementelah dia sudah menginjak daripada usia tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Sahabat-sahabat sekalian, sedih bila kita membandingkan dua berita ini.

Berita yang pertama, kita rasa gembira dan terharu kerana seorang muallaf bersiap sedia untuk menghadapi sebarang halangan dan dugaan kerana ingin mendapat keredhaan Allah SWT.

Berita yang kedua, dia sememangnya Islam tetapi lebih bimbangkan tahap lakonannya kerana ingin menempah nama di persada seni. Langsung tidak terdetik kebimbangannya sama ada lakonannya akan diredhai oleh Allah SWT atau tidak.

Itulah bezanya Islam atas nama sahaja dan Islam yang dicari.

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Ana mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah.

0 ulasan: