Buku ini mengisahkan kehidupan seorang pejuang Islam iaitu As-Syahid Hassan Al-Banna. Dalam buku ni jelas menunjukkan bahawa pentarbiyahan seorang Muslim bermula dari rumah.
Antara isi kandungan penceritaan didikan Hassan Al-Banna kepada anaknya
  • Makan bersama, yang penuh kenangan
  • Tidak ada suara keras di rumah kami
  • Bangunkan aku 7 minit lagi
  • Mahu tahu tentang masa kecilku?
  • Ayah membawakan bekal ke sekolah
  • Apakah keperluan rumah bulan ini?
  • Hasilnya, kami patuh tanpa perlu diperintah
  • Ada wang belanja harian, mingguan dan bulanan
  • Ayah mengutuskan pengintip
  • Nilai hidup ada pada keimanan
  • Menasihati tidak secara langsung
  • Menyemai cinta melalui teladan
  • " Aku mula membaca dari ayat ini..."
  • Berinteraksi sewajarnya dengan masyarakat
  • Keterlibatan yang bijaksana
  • Setiausaha peribadi ayah
  • Rak-rak buku yang menjadi saksi
  • Ayah menemankan kami ketika bermain
  • Ayah membiarkan saya menghabiskan bacaan komik
  • Ayah menjatuhkan hukuman kepada kami
  • Menyedarkan anak gadis dengan peranan kewanitaannya
  • Jangan anggap ayahmu bermanfaat untukmu akhirat kelak
  • dan lain-lain lagi

Cara beliau mendidik anaknya dengan penuh berhikmah serta penuh kelembutan dan kasih sayang.

Antaranya, dia tidak memarahi anaknya apabila anaknya tidak mahu ke sekolah, memakai pewarna kuku, menutup pintu apabila tetamu ayahnya hadir, membaca komik cinta dan lain-lain lagi. Setiap masalah tersebut berjaya beliau hadapi tanpa menggunakan kekerasan malah memberi satu impak yang besar pada diri anak-anaknya. Hasilnya anaknya antara pejuang yang meneruskan perjuangannya.

Bagaimanakah dia mengatasi anaknya yang terpengaruh dengan budaya negatif tanpa kekerasan dan bersuara tinggi?

Bagaimana dia menerapkan aqidah dalam diri anak-anaknya walaupun dia sibuk berurusan di luar?

Bagaimana dia mampu memperuntukkan masa bermain, makan dan belajar bersama anak-anaknya, sedangkan dia sibuk ke sana-sini dalam menyampaikan dakwah islam?

Bagaimana dia boleh memberi sepenuh perhatian terhadap masalah akademik dan kesihatan anak-anaknya, sedangkan kader Ikhwanul Muslimin masih memerlukan perhatiannya?

Bagaimana dia terapkan jihad dalam diri isterinya, di mana isterinya sanggup memberi perabot-perabot rumah bagi memastikan dakwah Islamiyah itu berjalan?

Sesungguhnya, As-Syahid Hassan Al-Banna telah menerima pentarbiyahan yang mantap dan akhirnya berjaya menyebarkan dakwah dan memberi impak yang besar pada gerakan dakwah pada masa ini. Dan dia juga tahu bahawa KELUARGA ADALAH OBJEK NOMBOR 1 YANG HARUS DIBERIKAN PERHATIAN.

Firman Allah SWT:

" Dan berilah peringatan kepada keluarga kalian yang dekat "

Hassan al-Banna benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dan qudwah dalam hidupnya. Beliau berjaya membuktikan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mempraktikkan cara hidup Rasulullah saw pada masa kini. Malah tindakan kita berdasarkan al-Quran dan hadith akan memberi impak yang besar dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini, bolehla contact 0194508481.

Wassalam.

PENTARBIYAHAN MUSLIM BERMULA DARI RUMAH.





















Ingin rasa dihormati.
Ingin rasa dihargai.

Memang itu adalah fitrah manusia. Keinginan sebegini adalah normal. Tetapi yang menjadi abnormal apabila keinginan disertakan dengan perasaan riak sehingga menyebabkan seseorang individu itu menjadi sombong dan mendustakan kebenaran.

Rasulullah S.A.W bersabda:

" Siapa yang meRENDAH HATI maka Allah akan meMULIAkannya dan siapa yang SOMBONG diri maka Allah akan mengHINAkannya."

Ada sebuah kata hikmah yang mengatakan

" Tanamlah dalam tanah terendah kerana tiap-tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, tidak akan sempurna hasil buahnya."

Firman Allah Taala:


" Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada akan dapat menembusi bumi, takkan pula engkau sampai setinggi gunung."
( Ai-Israk:37)

Pohon yang mempunyai akar tunjang di dalam tanah akan sentiasa kukuh walaupun ditiup angin.
Pohon yang akarnya tidak sampai ke dalam tanah akan mudah untuk tumbang dam goyah.

Jika kita hendak peribadi yang kukuh, tanamkanlah diri kita ini di bumi kerendahan hati bukannya kerendahan diri. Diingatkan lagi sekali, bukan rendah diri tetapi RENDAH HATI.

Semakin rendah hati, semakin dimuliakan.
Semakin tinggi hati , semakin dihinakan.


Firman Allah SWT:
" Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong "
( An-Nahl:23)

Apa yang membezakan antara rendah hati dan rendah diri?

Rendah hati merupakan ciri hati yang sihat iaitu tidak sombong.
Rendah diri merupakan satu penyakit iaitu penyakit orang yang kufur nikmat. Ini kerana orang yang merendah diri lebih suka melihat kekurangan yang ada daripada nikmat yang Allah berikan. Sebagai contoh, orang yang tangannya bengkok. Dia lebih berasa malu kepada manusia kerana ketidak sempurnaannya dan merasakan dirinya sangat-sangat hina di hadapan manusia yang kelihatan sempurna pada zahirnya. Sebagai orang yang mempunyai kekurangan mereka harus sedar bahawa mereka sebenarnya mereka mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Mereka akan mendapat banyak rahmat daripada Allah SWT sekiranya mereka sentiasa bersabar. Sekiranya dengan kekurangan yang mereka ada tetapi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai muslim, sudah pasti mereka akan menyedarkan muslim yang lain yang masih lena dan secara tidak langsung menggerakkan orang-orang yang sempurna dari zahirnya.

Bagaimana caranya menghadapi orang yang meniggi diri?


1- Jangan berburuk sangka dengan orang yang sombong
Sekiranya kita berburuk sangka dengan orang yang sombong, kita yang akan terluka.
Berkemungkinan hati kita akan timbul titik hitam.
Kita harus berfikiran positif. Sebagai contoh, apabila seseorang tidak menjawab apabila kita menegur. Mungkin sahabat tersebut sedang memikirkan sesuatu yang merungsingkan
pemikirannya.

Jika, orang tersebut jenis yang suka menangkan diri dan tidak suka mendengar nasihat,
semakin kita merendah hati semakin dahsyat ketinggian hatinya. Kita sebagai muslim harus

bertindak, kita harus memberitahu orang tersebut bahawa perbuatannya itu tidak baik
( menjelikkan ) bergantung kepada cara masing-masing asalkan tidak melanggar syariat.

Janganlah sampai apabila kita melihat orang yang sombong, kita pun menjadi sombong.

Bagaimana merendah hati?

1- Jangan melihat orang lain lebih rendah daripada kita

Sekiranya kita melihat
i ) anak-anak kecil - Kita rasakan dosa kita lebih banyak daripada dia.
ii ) orang tua - Kita rasakan bahawa ibadat yang mereka lakukan lebih banyak daripada
ibadat kita.
iii) berbuat dosa - Kita rasakan bahawa sekiranya mereka bertaubat, mereka lebih baik
dan mulia daripada kita. ( Tapi jangan lupa amar makruf nahi mungkar )
iv)miskin - Kita rasakan bahawa tanpa mereka kita tidak dapat beramal. Kesabaran
yang mereka hadapi mendapat ganjaran yang besar daripada Allah
SWT.

2- Melatih diri untuk sentiasa berterima kasih dan memohon maaf. Berterima kasihlah
kepada orang yang membantu kita walaupun orang tersebut merupakan orang gaji kita.

3- Melatih diri kita melakukan kerja yang kita merasakan bahawa pekerjaan tersebut dalam
status kelas bawahan atau rendah. Sebagai contoh, cuba menyapu sampah di tempat awam.

4- Bergaul dengan orang yang merendah hati. Apa sahaja golongan ini lakukan pasti kita akan
terpengaruh dan setiap apa yang merreka lakukan akan menusuk hati kita. InsyaAllah.



Yang JELIK adalah orang yang rendah diri di hadapan manusia

Yang MULIA adalah orang yang rendah diri di hadapan Allah SWT

" Maksiat, dosa yang menimbulkan rasa rendah diri dan menghampakan rahmat Allah SWT lebih baik daripada perbuatan taat yang membangkitkan rasa sombong, ujub dan sombong diri."

Statement ini bukanlah beerti kita meremehkan dosa.

Sekiranya kita sentiasa beribadat dan menyebabkn kita menjadi sombong. Ini bermakna amal ibadat kita ada kekurangannya.

Ini kerana, solat itu mencegah perkara kemungkaran. Sekiranya solatnya sempurna sudah pasti tiada perkara mungkar.

" Sesungguhnya solat itu dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar "

( Al- Ankabut:45)

Bagi mereka yang berbuat dosa, mungkin suatu hari nanti mereka akan tersedar dan berasa benar-benar takut. Sehinggakan taubatnya menghapuskan dosa yang mereka lakukan. Orang yang tergelincir, akan merasakan benar-benar takut dan berasa rendah diri kepada Allah SWT. Mungkin taubat golongan ini, akan mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT.

BERHENTILAH MERENDAHKAN ORANG LAIN.

Ya Allah, Ampunilah segala kesombongan kami,

Ampunilah kami sekiranya kami sentiasa riak,
Ampunilah kami sekiranya kami menggunakan nikmat yang kau kurniakan ke jalan maksiat, Ampunilah kami sekiranya kami banyak menzalimi hambaMu yang lemah,

Ampunilah kami sekiranya kami sombong kepada kedua ibu bapa kami, guru-guru dan orang-orang yang Kau muliakan,

Ya Allah,

Bimbinglah kami untuk menjadi hambaMu yang tawaddhuk, selalu berasa malu padaMu dan tidak menghina orang-orang yang Kau muliakan,

Bimbinglah kami agar setiap nikmat dan kurnia yang Kau berikan menyebabkan kami tersungkur sujud pada Mu dan bermanfaat pada hambaMu,

Angkatlah darjat kami dengan kerendahan hati,

Bahagiakanlah hati kami dengan hati yang tulus dan ikhlas,

Bahagiakan hati kami dengan perasaan pesona terhadapMu dan sentiasa rindu padaMu,

YA ALLAH, ENGKAULAH TUMPUAN, HARAPAN DAN PUJAAN KAMI.

Muliakan diri kami dengan akhlak yang mulia




Dalam membentuk keluarga muslim yang bahagia, sesuai dengan ajaran Islam, di samping harus memilih isteri yang solehah, maka memilih suami yang soleh juga merupakan syarat terbentuknya keluarga bahagia.

Islam memberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita. Mengankat kedudukannya ke arah yang lebih mulia. Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puterinya, Siti Fatimah. Kelahiran putera Fatimah, iaitu Hasan dan Husin memperoleh berkat dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik. Baginda mengangkat darjat puteri-puteri baginda. Ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman, Fatimahlah orang terakhir yang baginda temui.

Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan, baginda terus pergi ke masjid, solat 2 rakaat. Kemudia pergi menemuiputeri-puteri, buah hatinya, barulah baginda ke rumah isteri-isteri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya, maka Rasulullah SAW menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. Begitu pula jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah, maka dia menyambut kedatangan ayahnya dan diciumnya Rasulullah dengan penuh kasih sayang. Kemudian baginda duduk di samping puterinya yang tercinta itu. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah di hati Rasulullah.

Sehingga Rasulullah SAW berulang-ulang menyebutkan:

" Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berduka cita jika dia berduka cita, dan aku lega jika ia senang. Siapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku, adalah wanita penghuni syurga."

( H.R Ahmad, Al-Hakim dan Bukhari )

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada Allah SWT .

" GADIS YANG SOLEHAH MALUNYA MENGATASI PERAWAN, BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN, CINTA BUKAN PADA GAMBARAN, RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN, TAPI HATINYA TERSIRAT TAKWA KEIMANAN."




Sahabat2. Mereka tetap melaksanakan solat jemaah walaupun halangan dan dugaan di depan mata mereka. Tetapi kita dalam keadaan negara yang aman, boleh dikira atau tak dapat nak kira langsung muslim yang berjemaah. Sedihnya, apabila bilangan muslim di shopping complex yang bergerak secara berjemaah lebih banyak daripada bilangan muslim yang berjemaah di rumah Allah. Sedarlah, bahawasanya ajal datang tanpa diketahui. Sudah banyakkah amal yang kita buat?
Allah telah memudahkan kita dengan menggandakan amalan kita sekiranya kita solat berjemaah. Rugilah, sekiranya kita diberi peluang untuk berjemaah, tetapi disia-siakan.
Peringatan ini untuk ana sendiri yang masih lemah imannya. Dimana iman manusia seperti omabak, sekejap tinggi sekejap rendah. Sama-samalah kita berjemaah dan mengimarahkan rumah Allah.
Allah dekat di HATI.



Solat Tahajjud ternyata tak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapatkan tempat (maqam) terpuji di sisi Allah (Qs Al-Isra:79) tapi juga sangat penting bagi dunia kedoktoran. Menurut hasil penelitian Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunah itu bisa membebaskan seseorang dari serangan jangkitan dan penyakit cancer.

Tahajjud dinilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunah.

Padahal jika dilakukan secara berteruasan, tepat gerakannya, khusyuk dan ikhlas, secara medic solat itu menumbuhkan respons ketahannan tubuh (imunologi) khususnya pada imunoglobin M (IgM), G (IgG), A (IgA) dan limfosit-nya yang berupa motivasi positif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggung masalah yang dihadapi .

Ia menitikberatkan pada sesi rutin solat, ketepatan gerakan, kekhusyukan, dan keikhlasan.
Ikhlas yang selama ini dipandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui rembesan hormon kortisol.

Parameternya, boleh diukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nmol/liter. Sedang pada malam hari atau setelah pukul 24:00 normalnya antara 69-345 nmol/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, boleh menunjukkan orang itu tidak ikhlas karena tertekan. Begitu sebaliknya.

Hasilnya, ditemukan bahwa kondisi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menanggung masalah-masalah yang dihadapi dengan stabil.


"jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologi yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki pandangan serta motivasi positif dan menanggung masalah yg dihadapi dgn efectif. Emosi yang positif dapat menghindarkan seseorang dari stress. Orang stress itu biasanya mudah sakali terkena terhadap penyakit cancer dan jangkitan. Dengan solat tahajjud yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki respons imune yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar dari penyakit jangkitan dan cancer. Dan, berdasarkan hitungan teknik medic menunjukan, solat tahajjud yang dilakukan seperti itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik.

Seorang Doktor di Amerika telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban yang di temuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin pengubatan secara Islam dan oleh sebab itu ia telah membuka sebuah klinik yang bernama "Pengubatan Melalui Al Qur'an" Kajian pengubatan melalui Al-Quran menggunakan ubat-ubatan yang digunakan seperti yang terdapat didalam Al-Quran.
Di antaranya adalah berpuasa, madu lebah, biji hitam (Jadam) dan sebagainya. Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka Doktor tersebut memberitahu bahawa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.

Setelah membuat kajian yang memakan waktu akhirnya dia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang iaitu ketika sujud.

Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki bagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang 5 waktu yang di wajibkan oleh Islam.


Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh karena itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam "sepenuhnya" karena sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.

Kesimpulannya : Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apalagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal. Justru itu tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-segan untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka karena otak tidak boleh untuk mempertimbangkan secara lebih normal. Maka tidak hairanlah timbul bermacam-macam gejala-gejala social masyarakat saat ini.


" Dalam meredah duka perjuangan,
terubat juga akhirnya di helaian kitab suci,
bingkisan lembut dari manis bibir sahabat,
pemulih kembali semangat dan jati diri,
namun kadang-kadang hati pilu,
kerana tiada seurat parut di badan yang boleh ku banggakan di depan Ilahi,
sepanjang perjalanan dakwah ini,
alangkah ruginya aku,
alangkah bangganya dikau para syuhada',
Ya Allah, syahidkan kami di jalan Mu.





Duhai sahabatku sayang,
dunia ini tak semestinya indah seperti yang diharapkan,
andai aku bisa menepis dugaan yang menyinggah...
Apa bezanya dirimu, bukankah begitu?
Duhai sahabat,
Yakinlah,
setiap ujian adalah sabar dan redho.

Teguhlah menggenggam prinsip-prinsip suci...
Cinta Allah pasti bercambah mekar
pada hati sucimu yang selalu mengharapkanNya,
Salam sayang dan rindu fillah.

Innallahama'ana..
Inna dzalika alallahiyasir..


Sahabat, syukran jazilan ya ukhti.
SMS anti selalu hadir tepat pada masa ana memerlukan sokongan.
Ya Allah, aku bersyukur dengan ikatan ukhuwahfillah yang Kau berikan.

UKHUWAHFILLAH NEVER DIE.
BELIEVE IT.

SAYANG AINASYAUQAHSOLEHAH.