Dalam membentuk keluarga muslim yang bahagia, sesuai dengan ajaran Islam, di samping harus memilih isteri yang solehah, maka memilih suami yang soleh juga merupakan syarat terbentuknya keluarga bahagia.

Islam memberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita. Mengankat kedudukannya ke arah yang lebih mulia. Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puterinya, Siti Fatimah. Kelahiran putera Fatimah, iaitu Hasan dan Husin memperoleh berkat dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik. Baginda mengangkat darjat puteri-puteri baginda. Ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman, Fatimahlah orang terakhir yang baginda temui.

Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan, baginda terus pergi ke masjid, solat 2 rakaat. Kemudia pergi menemuiputeri-puteri, buah hatinya, barulah baginda ke rumah isteri-isteri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya, maka Rasulullah SAW menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. Begitu pula jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah, maka dia menyambut kedatangan ayahnya dan diciumnya Rasulullah dengan penuh kasih sayang. Kemudian baginda duduk di samping puterinya yang tercinta itu. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah di hati Rasulullah.

Sehingga Rasulullah SAW berulang-ulang menyebutkan:

" Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berduka cita jika dia berduka cita, dan aku lega jika ia senang. Siapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku, adalah wanita penghuni syurga."

( H.R Ahmad, Al-Hakim dan Bukhari )

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada Allah SWT .

" GADIS YANG SOLEHAH MALUNYA MENGATASI PERAWAN, BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN, CINTA BUKAN PADA GAMBARAN, RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN, TAPI HATINYA TERSIRAT TAKWA KEIMANAN."

0 ulasan: