Sama ada kita sedar atau tidak, mata kita merupakan pintu gerbang kepada maksiat. Sehinggakan sesiapa yang tidak dapat menahan pandangannya akan terjerumus ke dalam penzinaan dan kemaksiatan

Iman dalam hati individu terhakis dengan pandangan yang liar. Ish, ish.. Kita sedar kadang-kadang iman itu tidak hilang sepenuhnya, tetapi ingatlah sedikit-sdikit, lama-lama...Nauzubillah. Walaupun iman itu tidak hilang dengan tiba-tiba dan serentak, namun ia akan hilang sedikit demi sedikit. Kenyataannya pandangan terhadap lawan yang tidak halal memberi kesan kepada penyebab hilangnya iman itu.

Sebuah riwayat menceritakan pandangan adalah PANAHAN SYAITAN. Kita semua alert yang syaitan inginkan keburukan dan kebinasaan. Oleh itu, menjaga pandangan adalah kunci keselamatan. Kita harus ingat akan perintah Allah SWT dan kata-kata junjungan kita Rasulullah SAW.

Dalam sebuah riwayat, diceritakan nabi pernah menggerakkan tangannya bagi memalingkan wajah Al-Fadhl yang sama-sama sedang melakukan ihram, semasa sahabatnya itu sedang memandang seorang perempuan asing dengan sengaja.


Ada sebuah riwayat juga yang menceritakan, Ummi Salamah berkata," Semasa saya dan Maimunah berada di sisi Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba masuk ke tempat kami Abdullah Bin Ummi Maktum. Maka nabi berkata, " Berhijablah kamu daripadanya." Kami menjawab Ya Rasulullah bukankah dia seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami? Nabi menjawab, " Apakah kamu juga buta , tidakkah kamu melihat kepadanya?"

Firman Allah SWT;" Katakanlah kepada orang lelaki beriman,perlu untuk mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu bagi mereka untuk menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya......" ( An-Nur:30-31 )

Sahabat-sahabat sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain agar gerbang maksiat tidak terbuka dengan gahnya. baginda sudah tiada bagi memalingkan wajah kita daripada memandang mereka yang bukan mahram. Tiada teguran daripada mulut baginda yang menyuruh golongan wanita berhijab daripada melihat lelaki yang bukan miliknya. Tetapi Islam bukanlah agama yang melarang habis-habisan. Kita dibenarkan untuk berpandangan dalam urusan menuntut ilmu, berniaga, berjumpa dengan doktor dan persaksian. INGAT, jangan jadikan kelonggaran ini digunakan untuk mengaburi panahan syaitan.

Jangan kita lupa menanam dalam hati kita dengan kata-kata Allah SWT. Allah menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud, menjanjikan sesiapa yang menjaga dirinya daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah, maka Allah akan mengurniakan cintanya kepada mereka itu. Pandangan kita yang dapat dijaga dengan baik akan membuatkan kita dapat merasai kemanisn iman dan lazatnya beribadah.

Gunakanlah nikmat yang diberikan dengan memerhati keindahan alam cipataanNya sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya. Manusia itu mudah lupa, maka sahabat-sahabatla sebagai pengingat kepada hamba yang mudah lupa ini. Sama-samal kita mencari REDHA ALLAH SWT.

PANDANGLAH ISLAM DENGAN SETAJAM-TAJAMNYA.

0 ulasan: