Juz want to share something that always people share.

" Apabila MATINYA anak adam a.s, semuanya terputus kecuali 3 benda yang kekal abadi"


1) ilmu yang dimanfaatkan dan diamalkan
2) sedekah
3) Doa anak yang soleh.

Bila baca hadis ni, ana selalun terfikir apa yang boleh ana lakukan untuk memastikan ana ada harta untuk di bawa ke TEMPAT itu.
Kalau kita berbicara tentang ilmu, hanya sesetengah hamba Allah sahaja yang mampu melakukannya. BTUL KE?
Terpulanglah pada sahabat-sahabat nak meletakkan diri sahabat sebagai orang yang berilmu atau tidak.
Apa yang paling penting, sekiranya kita sedar bahawa diri ni tak cukup ilmu. Kita haruslah berusaha untuk mencari ilmu tersebut.
Bagi sahabat-sahabat yang berada di USM. Bertuahlah, kalian kerana di kampus ni banyak kuliah agama diberikan. Setiap minggu paling kurang satu kuliah.
So, muslimin terutamanya dan muslimat dijemput untuk ke kuliah agama di masjid murni.
Pandai-pandaila survey bila kuliah tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Apa yang penting?" KERJASAMA" :) hehehe
Bukan itu yang ana ingin maksudkan, apa yang paling penting setiap ilmu yang kita perolehi kita harus berusaha mengamalkannya. Bukanlah sekadar memenuhkan ilmu, tetapi tidak dipraktikkan apa yang diperolehi.

Muhasabahlah diri ni, adakah HARTA ini mampu aku lakukan atau perolehi untuk di bawa ke SANA.

Kalau kita berbicara tentang sedekah, rasa macam sangat2 tak mampu untuk melakukannya. BTUL KE?
BTUL, BTUL, BTUL..... SALAH.
Sedekah adalah satu anugerah yang paling mudah untuk dilakukan. InsyaAllah.
SBBNYA, semua orang mampu untuk bersedekah. Hatta org yang muflis pun mampu untuk bersedekah.
MACAM MANA TU?
senang je, SENYUMLA...:):):):):):):)
tapi, janganlah ambil kesempatan ni, kita selalu senyum sampaikan ke pihak lagi satu pun kita senyum meleret.... BAHAYA TU.
Nilah, salah satu harta yang mudah untuk kita bawa ke SANA.
Tapi, ingat!!! semuanya bergantung pada niat sahabat2 dan Allah SWT.
JGN LUPA, membantu atau menolong juga bersedekah.

NEXT, anak yang soleh.
Yang ni, hanya orang yang bertuah je yang dapat.
Bagi mereka yang belum berkahwin, tak dapatlah nak jadikan anak sebagai bekalan di sana.
Kalau yang dah berkahwin pun, pastikanlah sahabat2 dapat mentarbiyahkan anak-anak pada AQIDAH yang benar.

So, sahabat2 fikir2kanlah. Apa yang kita mampu bawa tuk menjadi harta dan bekalan kita di SANA nanti.

SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING BIJAK ADALAH ORANG YANG MENGINGATI MATI.


0 ulasan: