Wanita perlukan perubahan?
Siri jelajah memperkenalkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO memang menduga kekuatan mental. Dalam konteks pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, sudah beberapa kali penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertentang mata sejak minggu lalu.
Selepas tiga hari bergerak dari satu negeri ke negeri lain, Shahrizat akhirnya meluangkan masa menceritakan kepada wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR kenapa menerima pencalonan dan apa yang hendak dilaksanakan untuk Wanita UMNO.


Manakala Rafidah pula bersua muka dengan wartawan Mingguan Malaysia, Noraini Abd. Razak dan MARHAINI KAMARUdDIN bagi memaparkan kenapa beliau ingin terus menerajui Wanita. Dalam pertemuan itu kedua-dua mereka turut memperkatakan mengenai soal perubahan yang menjadi salah satu topik dalam pemilihan kali ini.
Bagi Shahrizat, Wanita UMNO perlu perubahan bagi memastikan ia tidak ketinggalan terhadap apa yang berlaku dalam senario politik negara. Menurut beliau, dalam melakukan perubahan tersebut nasib 1.3 juta ahli Wanita perlu dibela.


Rafidah pula berpendapat, soal perubahan sudah lama diperkatakan di dalam Wanita tetapi apabila ia terjadi tiada apa-apa yang berlaku. Apa yang pasti dalam wawancara ini, kedua-dua mereka bertekad untuk memastikan Wanita UMNO terus menjadi tulang belakang parti itu dan menyerahkan kepada perwakilan menentukan nasib mereka pada 25 Mac nanti.;


Mingguan Malaysia: Ada yang mengatakan ahli-ahli Wanita UMNO mahukan perubahan, untuk itu pucuk pimpinan pergerakan juga mesti berubah, apa pandangan Tan Sri?


RAFIDAH: Saya dengar perkataan perubahan sejak zaman dulu lagi. Semasa Datuk Siti Zaharah Sulaiman, ada yang cakap mengenai perubahan. Tetapi apabila dapat ketua baru tak tahu apa yang berubah. Sebenarnya objektifnya ialah perubahan. Ini saya tengok dalam setiap aspek termasuk pembangkang mahukan perubahan, semua nak berubah. Bagi saya sama ada berubah atau tidak berubah jawapannya ialah tunggu 25 Mac ini . Kadang-kadang orang yang bercakap tentang perubahan ini sendiri tidak mahu berubah. Parti bukan bergantung kepada seorang, parti bergantung kepada semua struktur hingga ke akar umbi.


Saya gembira sebab saya sanggup terus berkhidmat, dan saya lihat di akar umbi sikap ahli wanita adalah lain. Akar umbi wanita kita simple, mereka hendak kerajaan melalui UMNO dan Barisan Nasional (BN). Mereka tidak kisah cerita politik wang atau soal inginkan perubahan kerana mereka sudah komited.


Kita tahu kekuatan jentera wanita dan jika kita bergantung kepada akar umbi berjumlah 1.3 juta orang untuk menyokong kerajaan Insya-Allah kita akan terus berjaya. Tetapi yang banyak kerenah ialah orang yang diberi mandat untuk mengundi, mereka ini yang bercakap soal perubahan kerana objektif tertentu.


Saya nak katakan sebelum kita kata apa jugalah, jangan kita lari dari objektif bahawa kita dalam parti bukan hendak membuat sesuatu yang peribadi. Parti adalah untuk memastikan kita menang pilihan raya. Bagi saya Wanita UMNO itu ceritanya, kalau nak soal apa saya nak buat untuk Wanita, saya kata minta maaflah, Wanita UMNO bukan itu kerjanya.


Ada kalangan wanita UMNO yang menyebut soal perubahan kerana mereka kata sampai bila Wanita UMNO hendak jadi peraih undi?


RAFIDAH: Sampai kiamat. Selagi ada BN dan UMNO. Sanggup mereka persoalkan begitu, sanggup tengok UMNO kalah, Masya-Allah, adakah tidak sedar lagi kerana kita terlalu menumpukan benda-benda sampingan kita tidak mampu bekerja kuat sehingga kalah lima negeri. Apa gunanya kita bercakap hal wanita, jika kita kalah dalam pilihan raya. Apa gunanya, ada yang dah kalah di kawasan masing-masing berani bercakap pasal perubahan. Kawasan kecil itu pun tak dapat dijaga macam mana nak jaga negara, cuba fikir logik atau tidak apa yang saya cakap, saya cakap yang hakikat. Kemungkinan salah satu sebab kita kalah di lima negeri mungkin kerana wanita ketika itu merasakan apalah kita ini asyik kerja K10. Pada saya itulah kerja kita memenangkan pilihan raya, jangan nak cakap lain daripada itu.


Kalau hendak cakap pasal kerja membangunkan wanita, ada kementerian khas, di situ menterinya patut buat kerja bukan bagi naungan kepada wanita UMNO atau perwakilan sahaja. jangan. Jaga wanita berbilang kaum, jaga wanita BN, jaga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita dan sebagainya untuk menyokong kerajaan melalui program pembangunan kita. Itu sebab ada pengasingan tumpuan kepada wanita.


Perwakilan memegang undi untuk menentukan siapa ketua, jadi Tan Sri tak rasa cakap-cakap seperti itu menjejaskan pemilihan?


RAFIDAH: Tak apa. Saya menawarkan diri untuk berkhidmat dan kalau takdir Allah kata tak payahlah, berehatlah maka saya terima. Tapi kalau Tuhan kata kerana niat itu baik dan saya menang maka saya akan tumpukan seratus peratus pada kerja. Saya tak gementar, takut atau risau. Saya minta wanita fikir apa matlamat kita sebagai ahli parti. Adakah kita hanya menyanyi lagu kita atau kita hayati apa yang patut kita buat. Kita ahli politik, kita bukan ahli NGO dan matlamat kita ialah memenangkan parti dalam pilihan raya. Tak payah cakaplah, saya tak kisah apa orang lain nak cakap dia nak buat dengan UMNO. Bagi saya UMNO dan BN mesti menang dalam pilihan raya. PRU-13 kita mesti menang besar dan kita nak ambil balik negeri-negeri yang kita kalah. Itu matlamat kita, jangan lari daripada itu. Tak guna kita bercakap soal sampingan atau tidak berkaitan kerana nak menang parti, tetapi lupa Wanita UMNO tulang belakang UMNO untuk pastikan kita menang. Kalau kita bukan kerajaan apa gunanya.


PERUBAHAN!!!


Perubahan yang bagaimanakah yang kita perlukan di muka bumi ini untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT?


Apakah yang perlu kita lakukan apabila kita sudah mendapat kuasa?


Wanita, adakah kau berjuang semata-mata untuk mengekalkan sesuatu kuasa atau untuk menegakkan kalimah lailahaillallah di muka bumi ini?


Perlukah kita berbincang tentang masalah wanita setelah kita menang pilihan raya?


Bagaimanakah kita nak menjadi pimpinan sedangkan diri sendiri masih keliru dengan perjuangan yang Allah inginkan?


Apakah matlamat sebenar kita apabila berjaya menjadi pimpinan?


BENAR, di Malaysia telah banyak perubahan yang saya nampak sebenarnya, dari sehari ke sehari. WANITA terutamanya MUSLIMAH semakin BERANI.

Keberanian yang diperjuangkan di tempat yang salah.

Di mana, kita berani mendedahkan aurat kita tanpa perasaan malu dan rasa bersalah.

Keberanian yang berani mempertikaikan hukum Allah SWT.

Keberanian menyatakan sesuatu perkara yang haram itu adalah pemberian Allah.

Keberanian pengakuan seorang artis ISLAM. menyatakan tubuh yang Allah SWT anugerahkan haruslah dikongsikan dengan orang ramai. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Ana sgt2 terkejut mendengar pengakuan ini.

Keberanian menyatakan, nyanyian dan lakonan merupakan rezeki yang halal untuk menanggung anak-anak. ASTAGFIRULLAHALAZIM.

Keberanian memperjuangkan isu yang Islam benarkan ( POLIGAMI )

Dan bermacam-macam lagi. Ana tak mampu untuk senaraikan di sini kerana tidak sanggup untuk menulisnya. Kerana keberanian yang wanita perjuangkan semakin dahsyat.


TIDAK SEDARKAH KAMU WAHAI MUSLIMAT, BAHAWASANYA SEKSAAN ALLAH SWT AMAT PEDIH.


BERANINYA KAMU MUSLIMAT PERJUANGKAN SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN AQIDAH ISLAM.


SEDARLAH, GOLONGAN YANG PALING BANYAK DICAMPAKKAN DALAM NERAKA ADALAH KAMU WAHAI WANITA. INI ADALAH BENAR.

SAMA-SAMALAH KITA MUHASABAH DIRI NI, MAHUKAH KITA DIGOLONGKAN DALAM GOLONGAN YANG DIMURKAI OLEH ALLAH SWT.


INGATLAH, KITA HANYA PERLU BERUSAHA BERSUNGGUH ,BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU DI MUKA BUMI INI HANYA BEBERAPA TAHUN SAHAJA, UNTUK KEBAHAGIAAN SELAMA-LAMANYA DI AKHIRAT SANA.


INGATLAH KEHIDUPAN KITA YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH DI AKHIRAT SANA.

DI DUNIA INI, HANYA BEBERAPA JAM SAHAJA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KEHIDUPAN DI SANA.


ANDAI KALIAN ANTARA MUSLIMAT YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT SEBAGAI PEMIMPIN MUSLIMAT. JELASKAN MATLAMAT PERJUANGAN ANDA AGAR KITA TIDAK BERPERANG DENGAN SATU KEKUASAAN YANG HEBAT ( ALLAH SWT ). DIHARAPKAN KITA TIDAK TERGOLONG SEBAGAI HAMBA-HAMBA SYAITAN NDAN HAWA NAFSU.


Sahabat-sahabat muslimat yang disayangi, bimbinglah ana/kami sekiranya ada kesilapan yang dilakukan, agar keredhaan Allah swt dapat kita kecapi bersama.


PERUBAHAN YANG MUSLIMAT PERLUKAN ADALAH TERBENTUKNYA BIAH SOLEHAH DI DUNIA INI. INSYAALLAH.

0 ulasan: