Ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka. Dalam surah Ali-Imran ayat 134, Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah,

" Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain."

Siapakah manusia yang gagah?
Berhubung dengan ini nabi bersabda," Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya."






Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga.



Sahabat nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga."

Nabi menjawab, " Janganlah engkau marah!"
( diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya ).

Fisiologi Kemarahan


Macam nak belajar medic je. Hehehehe. Setiap ilmu itu adalah dari Allah. Maka, semua ilmu itu akan dikaitkan dengan kata-kata Allah SWT.

Apa yang sedang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah?

Mengikut pendapat para pengkaji, orang-orang tua yang sering marah0marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Selain itu, pengeluaran hormon stress akan meningkatkan keperluan jantung terhadap oksigen dan menyebabkab darah tercenderung ( khususnya platlet ) untuk membeku menyebabkan ianya berisiko.


Para saintis dari Universiti John Hopkins di Baltimore, Maryland, pula mendapati lelaki yang panas baran lebih mudah diserang sakit jantung walaupun mereka datang dari keluarga yang tidak pernah menghidap penyakit ini.

Mengikut jurnal Psychomatic Medicine, perasaan marah boleh merangsang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein ini menyebabkan pembuluh darah ( arteri ) menjadi keras dan proses ini boleh menyebabkan kejadian strok dan sakit jantung berlaku.

Mengikut Professor Madya Edward Suarez dari Pusat Perubatan Universiti Duke di North Carolina, Protein Interleukin ( IL-6 ) didapati lebih tinggi di kalangan lelaki yang menghidap kesugulan dan panas baran. Kadar interleukin yang tinggi akan memudahkan fatty acid berkumpul di dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis seterusnya sakit jantung.

Justeru itu, sama-samalah kita hindari perasaan marah dan banyakkan beristighfar. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan perasaan marah perlu dibendung dan dikawal agar diri ini tidak terbabas dari landasan kebenaran dan kebaikan.

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin.



Jangan marah-marah. Islam itu satu ketenangan.