Ikhwanul Muslimin kritik Obama

KAHERAH 10 Mei - Pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam menyifatkan rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai 'tidak berguna' kecuali AS menunjukkan perubahan dramatik dalam polisinya terhadap negara Arab dan dunia Islam.
White House kelmarin mengumumkan bahawa Obama akan berucap di Mesir mengenai hubungan AS dengan dunia Islam pada 4 Jun ini dalam usaha beliau untuk memulihkan ketegangan antara negara kuasa besar dunia itu dengan negara-negara Islam.


Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin, Mohammed Habib bagaimanapun sangsi dengan niat Obama, berdasarkan ulasan beliau yang disertakan dalam laman web kumpulan itu.
"Pentadbiran AS sedang cuba merekrut negara Arab... untuk melaksanakan agenda lamanya yang memihak kepada entiti Zionis," tegas Habib merujuk kepada hubungan erat AS dengan Israel.


Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Mesir telah mengambil langkah untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dengan memenjarakan beratus-ratus anggotanya, selain larangan daripada melibatkan diri dengan politik secara rasmi. - AP

SALAM PERJUANGAN

0 ulasan: