Memaparkan catatan dengan label Hiasan dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiasan dunia. Papar semua catatan

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:
"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)
Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.
Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.
Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH
كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)
Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata: "Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."
Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata: "Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu." Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:
"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."
Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).
KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن
"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)
Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:
"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:
اجتمعن يوم كذا وكذا
"Berhimpun pada hari sekian-sekian."
Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)
Pengajaran:
Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

http://akhisalman.blogspot.com/


Semoga kita tergolong dalam golongan Muslimah yang Allah REDHAI.
InsyaAllah.
Syukran kepada sahabat ana yang forwardkan emel ni kepada ana.





Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali
, Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
, Nafsu mengatakan wanita cantik,
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yang ada Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

Biarlah senyuman keindahan pertama, kemanjaan pertama, kebolehan memujuk pertama, manis bicara pertama dan segala-gala yang pertama diberikan kepada muslimin yang berhak menerimanya iaitu suami kita ( bukan bakal suami tapi yang dah jadi suami ). Indahnya Islam jika dihayati setiap message yang ingin diberikan. Perkongsian yg halal bukan shja dapat mengecapi kebahagiaan. malah keberkatan n keredhaan Allah SWT. Pahala pun dapat, InsyaAllah. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah SWT.
Biarlah segala-galanya untuk si dia yang berhak menerimanya.

Nasihat ini juga ditujukan pada para muslimin.

Diri ini ingin memohon maaf atas segala salah dan silap. Sekali lagi memohon pertolongan sahabat-sahabat, bantulah diri ini. Tegurlah diri ini.
Biarlah kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat bersama-sama. Kongsilah kebahagiaan, btul pada tempat dan caranya. Kongsilah kesusahan betul pada orangnya, betul pada masanya, kongsilah segala-galanya kepada Dia yang lebih tahu.

ALLAH DEKAT DI HATI.


Wahai saudariku, aku ingin mengajakmu merenung beberapa hukum yang Ia syariatkan untukmu demi memelihara kemuliaan jati dirimu sebagai wanita.


1- Allah menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutera yang Ia haramkan bagi kaum lelaki, Rasulullah SAW bersabda: " Kedua-dua perhiasan ini ( emas dan sutera ) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita ". (HR Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib ). Ia halalkan semua ini untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut. ( So, muslimat2 ( wanita muslim - perempuan yang beragama Islam ) tak yahla nak jadi macam tomboy)


2- Sebaliknya, Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian, bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki, demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian, gerak dan tingkah laku, kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah SAW bersabda: " Allah melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki".( HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a)

( So, sedarlah kita ni hamba Allah, ikut je la apa yang telah Allah suruh dan berusaha untuk tinggalkan apa yang Allah larang. Kenapa yg perempuan nak jadi laki yang laki nak jadi perempuan?.PLIK btulla, Ish,ish,ish. Kamu mahu mencabar kekuasaan Allah ke? ingatlah seksaan Allah amat pedih. Tahukah sahabat2, bilakah kita akan mati, sempatkah lagi untuk kita bertaubat pabila ajal tiba. Tengah sihat ni, dan masih waras lagi sama2la kita bertaubat. Bersama mencari keredhaan Allah SWT).


3- Allah melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki, Ia tidak menghendaki kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain, tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu, kerana Ia tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina. Jika engkau seorang gadis, ayah dan saudari lelakulah yang memenuhi keperluanmu, jika engkau seorang ibu, anak lelakiyang dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri, suami yang harus bertanggungjawab atas semua keperluanmu.


4- Allah memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaumAdam agar syaitan tidak menjerumuskanmu ke dalam lembah yang hina. Allah berfirman : " Katakanlah kepada wanita yang beriman :" Hendaklah mereka menahan pandangan mereka..."(24:31)


5- Allah memerintahkan kepadamu agar tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut, leher, betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu dan mahram. Allah berfirman :"... dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecualu kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang elum mengerti tentang aurat wanita ". ( 24:31 ).


6- Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang jahatnya dengan membalutnya mengguna pakaian kecuali muka dan telapak tanganmu. Allah berfirman: " ... dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dari mereka. Dan hendaklah menutupkan kain tudung ke dada mereka..."(24:31).


7- Allah memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat. Allah berfirman : " ... dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." ( 24:31).

" ...Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..."( 33:32 ).


8- Allah memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhstisn ksum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliyah pertama atau kaum jahiliyah abad ini. Rasulullah s.a.w bersabda: " Wanita yang memakai wangi-wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah PENZINA." ( H.R Abu Daud ).


9- Allah melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suamimu dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan. Rasulullah S.A.W bersabda: " Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya." ( Muttafaqun'alaih ).
Saudariku jika engkau renungkan semua perintah Allah ini dengan hati nurani yang jernih dan jujur, maka engkau akan mendapati bahawa Allah telah meletakkan dirimu bagai intan mutiara yang tersimpan di tempat terjaga dan tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit, engkau adalah makhluk istimewa dalam Islam.
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA JIKA ISLAM PEGANGANMU
Dalam membentuk keluarga muslim yang bahagia, sesuai dengan ajaran Islam, di samping harus memilih isteri yang solehah, maka memilih suami yang soleh juga merupakan syarat terbentuknya keluarga bahagia.

Islam memberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita. Mengankat kedudukannya ke arah yang lebih mulia. Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puterinya, Siti Fatimah. Kelahiran putera Fatimah, iaitu Hasan dan Husin memperoleh berkat dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik. Baginda mengangkat darjat puteri-puteri baginda. Ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman, Fatimahlah orang terakhir yang baginda temui.

Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan, baginda terus pergi ke masjid, solat 2 rakaat. Kemudia pergi menemuiputeri-puteri, buah hatinya, barulah baginda ke rumah isteri-isteri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya, maka Rasulullah SAW menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. Begitu pula jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah, maka dia menyambut kedatangan ayahnya dan diciumnya Rasulullah dengan penuh kasih sayang. Kemudian baginda duduk di samping puterinya yang tercinta itu. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah di hati Rasulullah.

Sehingga Rasulullah SAW berulang-ulang menyebutkan:

" Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berduka cita jika dia berduka cita, dan aku lega jika ia senang. Siapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku, adalah wanita penghuni syurga."

( H.R Ahmad, Al-Hakim dan Bukhari )

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada Allah SWT .

" GADIS YANG SOLEHAH MALUNYA MENGATASI PERAWAN, BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN, CINTA BUKAN PADA GAMBARAN, RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN, TAPI HATINYA TERSIRAT TAKWA KEIMANAN."

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:


1) Napolean Bonarparte dan Josephine

2) Anthony dab Cleopatra

3) Hitler dan Matahari

4) Samson dan Delila

5) Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:


1) Nabi Muhammad SAW

2) Nabi Ayub dan Siti Rahmah

3) Nabi Ibrahim dan Siti Saharah serta Siti Hajar

4) dan LAIN-LAIN LAGI
Fikir-fikirkanlah siapa yang menjadi idola kita sebagai muslimah.

Jangankan lelaki biasa,
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan batang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin menderita.




Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman..
Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia
kerana dari situlah nantinya.
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab
Bisikkan ke telinga mereka
bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah..

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya.
Pasti tidak akan terhibur,
dan tidak akan menghiburkan.

Tanpa iman,
ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok.

Itulah hakikatnya
andai wanita tidak kenal Rabbnya.
Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra
Seandai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah