Memaparkan catatan dengan label Pesanan ringkas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan ringkas. Papar semua catatan



Sedarkah kita sebagai umat Islam, 5 perkara yang digeruni oleh dunia terhadap umat Islam adalah

  1. Bilangan Muslim yang semakin ramai.

  2. Kekayaan bahan mentah, kebanyakannya di negara-negara Islam.

  3. Kedudukan negara-negara Islam adalah di tengah-tengah dunia.

  4. Kedudukan negara Islam, kebanyakannya di tepi lautan atau laluan pelayaran.

  5. Belum tercapai lagi. ( Penambahan bilangan umat Islam yang sedar bahawa ideologi dunia membawa bencana ).

Seandainya kita mampu mencapai perkara yang terakhir itu, pasti kita dapat menggunakan keempat-empat anugerah yang memang sudah tersedia itu dengan sebaik-baiknya bagi membentuk khalifah islamiyah. Sedihnya, masih belum muncul Salahudin Al-Ayubi yang kedua yang mampu menyatukan elemen-elemen tersebut ke arah pembentukan khalifah islamiyah. Mungkinkah akan muncul???

Sekiranya kita mampu menggunakan 2,3 dan 4. Pasti dunia akan gembira dengan Islam. Tapi kita umat Islam masih daif, kerana terpaksa mengikut percaturan pihak barat yang meletakkan diri mereka sebagai pemerintah dunia. Tapi pemerintahan itu, akan lenyap jika kita pandai dan berani menggunakan anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya. Bayangkan sekiranya dunia Islam menyekat penyaluran bahan mentah ke negara mereka. Bayangkan sekiranya dunia Islam menyekat pelayaran mereka ?Tapi kita harus sedar bahawa yang kelima masih belum tercapai.

Sedangkan zaman salahudin kalah dalam peperangan kerana tiada QIAMULAIL. Bagaimanakah kita???


Marilah sama-sama kita berusaha ke arah pencapaian yang kelima. Agar semua umat Islam jelas dengan AQIDAH ISLAMIYAH.

INSYAALLAH.

Ingatlah pernah suatu ketika dahulu, Mesir menyerahkan kekuasaan kepada Islam bukan kerana takut dengan Islam tetapi telalu kagum dengan cara hidup Islam. Pemimpin Mesir pada ketika itu kagum dengan pemimpin Islam yang meletakkan dirinya sebaris dengan orang lain dan kagum dengan pengikutnya yang rukuk bersama-sama setelah pemimpinnya rukuk.

Sedarlah, dunia akan gembira sekiranya tahu apa itu ISLAM sebagaimana pemimpin Mesir. Ini kerana Islam adalah kesejahteraan untuk semua.

DUNIA TIDAK AKAN AMAN DALAM KEADAAN MANUSIA MENENTANG ALLAH SWT.





“Seseorang didatangkan pada hari kiamat, lalu dilempar ke neraka. Usus-ususnya menyemburat keluar dan ia mengitari penggiling tepung. Para penghuni neraka mengerumuni orang tersebut dan berkata kepadanya, ‘Hai si Fulan, apa terjadi padamu? Bukankah engkau dulu menyuruh kami mengerjakan perbuatan yang baik dan melarang kami mengerjakan kemungkaran?’ Orang tersebut menjawab, ‘Aku dulu menyuruh kalian mengerjakan perbuatan yang baik tapi aku sendiri tidak mengerjakannya dan melarang kalian mengerjakan kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya.”
(HR Bukhari)
Ya Allah, ampunilah kami.
Telah banyak yang kami sampaikan,
tapi tiada satu pun yang istiqamah.
Ya Allah, bantulah kami dan
pilihlah kami menjadi hambaMu
yang benar-benar memahami Islam
yang benar-benar bertaqwa kepadaMu
Ya Allah, gentarkanlah hati kami
apabila mendengar AZAB dariMu
dan titiskanla air mata kami
ketika kami mengadu dan meminta kepadMu
lembutkan dan sucikanlah hati kami
Ya Allah, tetapkan kami pada
jalan yang Engkau redhai
pimpinlah kami agar
kami tidak terpesong dari ajaran
yang sebenar
GOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN HAMBAMU YANG KAU BERKATI DAN REDHAI.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
semoga kita sentiasa istiqamah
dalam apa jua kita lakukan ( yg Allah redhailah )
INSYAALLAH
Doakan sahabat2 kita yang lain jugak
sama-sama kita doakan
moga dikabulkan
InsyaAllah
UKHUWAHFILLAH MEMANTAPKAN PERJUANGAN

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966
UKHUWAHFILLAH NEVER END.




Soalan 1: Adakah anda sebagai pelajar, layak skor dalam exam tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan tips yang diberikan oleh lecturer anda walhal anda tahu tips dari lecturer tersebut memang benar???
Soalan 1, rasanya ramai akan jawab TIDAK LAYAK...kerana memang rata2 akan ikut je tips2 exam yg lecturer bagi..especially kalau lecturer kata "ok..ni subtopik yg masuk exam..".


Soalan 2: Adakah anda sebagai hamba, layak ke syurga di akhirat kelak tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan suruhan & larangan yg ditetapkan oleh Tuhan anda dalam Al-Quraan walhal anda tahu Al-Quraan dari Tuhan tersebut memang benar???
Tapi soalan 2, jawapannya...of kosla kita dah tahu kan??..tapi ramai lagi masih buat tak tahu dengan kenyataan ini. Stuju?
FIKIR-FIKIRKAN...

This message was received last year from my SAHABAT SEPERJUANGAN ( Zaleha- MUSLIMAT POWER )

Sama-sama kita doakn untuk jadikan Allah sebagai yang paling dekat dengan kita. INSYAALLAH.

Allah sebaik-baik tenpat mengadu, then mak kita..., ayah... adik... sahabat2.


Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

“Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.”

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.


Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’

1."Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dikalangan kalian,maka berilah pertolongan kepada aku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutlah aku tetapi jika aku salah maka tegurlah aku." Saidina Abu Bakar as siddiq


2." Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka".


3.Rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya:"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"(Riwayat Tarmizi)


4."Dalam kepayahan hati berbicara, Diri ini harus tabah dan bersedia, Menghadapi kemungkinan yang tiba, Kunjungnya kadangkala tiada diduga,"


5.Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh..."


6. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"(Riwayat Bukhari)
IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH SWT.


" Dalam meredah duka perjuangan,
terubat juga akhirnya di helaian kitab suci,
bingkisan lembut dari manis bibir sahabat,
pemulih kembali semangat dan jati diri,
namun kadang-kadang hati pilu,
kerana tiada seurat parut di badan yang boleh ku banggakan di depan Ilahi,
sepanjang perjalanan dakwah ini,
alangkah ruginya aku,
alangkah bangganya dikau para syuhada',
Ya Allah, syahidkan kami di jalan Mu.





Duhai sahabatku sayang,
dunia ini tak semestinya indah seperti yang diharapkan,
andai aku bisa menepis dugaan yang menyinggah...
Apa bezanya dirimu, bukankah begitu?
Duhai sahabat,
Yakinlah,
setiap ujian adalah sabar dan redho.

Teguhlah menggenggam prinsip-prinsip suci...
Cinta Allah pasti bercambah mekar
pada hati sucimu yang selalu mengharapkanNya,
Salam sayang dan rindu fillah.

Innallahama'ana..
Inna dzalika alallahiyasir..


Sahabat, syukran jazilan ya ukhti.
SMS anti selalu hadir tepat pada masa ana memerlukan sokongan.
Ya Allah, aku bersyukur dengan ikatan ukhuwahfillah yang Kau berikan.

UKHUWAHFILLAH NEVER DIE.
BELIEVE IT.

SAYANG AINASYAUQAHSOLEHAH.






Benda ini kadang-kadang terjadi. Bila marah sangat, pendam banyak-banyak, inilah hasilnya. Ada yang rasa teguran depan orang lain itu bagus, sebab yang ditegur itu mungkin terasa, sampai dia berubah menjadi better.

Hakikatnya inilah salah satu VIRUS UKHWAH yang membahayakan. Imam Asy-Syafie pernah berpuisi dalam Diwan As-Syafii:

nasihatilah diriku di kala aku sendiri
jangan kaunasihati aku di tengah keramaian
kerana nasihat di muka umum
adalah bagian dari penghinaan yang
tak suka aku mendengarnya
jika engkau enggan dan
tetap melanggar kata-kataku
maka jangan menyesal jika
aku enggan menurutimu

Apabila ditegur di depan khalayak ramai, ada yang akan terasa dan tersinggung. Masalahnya akan bermula apabila penerima teguran terasa tersinggung. Yang ditakuti ialah perasaan tersinggung itu bercampur dengan malu kerana seolah-olah dia diaib di hadapan khalayak ramai.

Kalau nak, boleh, tapi jangan bagi klu siapa sahabat yang dimaksudkan. Maksudnya ialah, teguran itu adalah seperti tazkirah, tetapi disampaikan secara keras, namun tidak mengarah kepada mana-mana individu.

Seperti mana Saidina Umar menegur seorang kaki judi ketika khutbah Jumaat melalui khutbahnya di mana beliau memberitahu akan larangan berjudi dan sebagainya, tanpa mengarah sedikit pun kepada kaki judi tersebut, tetapi kaki judi itu masih terasa. Namun, disebabkan di tidak dimalukan, di mana nama dan ciri-cirinya tidak disebut langsung, dia berubah dan tidak berjudi lagi.

Sepertimana Rasulullah SAW pernah mendengar berita tentang berapa orang yang bertekad meninggalkan beberapa yang perkara yang dibolehkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda:

" Apa gerangan yang membuat beberapa orang bertekad untuk meninggalkan perbuatan yang aku lakukn. Sesungguhnya aku- demi Allah - adalah orang yang paling mengetahui mengenai hukum Allah dan paling takutkepada-Nya di antara kamu semua''.

( Sumber: VIRUS-VIRUS UKHUWAH karangan ABU A' ASHIM HISYAM BIN ABDUL KADIR UQADAH : M/S 72)
Ramai di antara kita tidak sedar bahawa mereka telah diberi taufiq oleh Allah SWT.
Ana pernah mendengar tazkirah suatu ketika dahulu. Pentazkirah itu berkata, seandainya kita tengah lalu di hadapan surau dan kita menyedarinya. Allah telah memberi sedikit taufiq kepada kita. Sama ada kita nak menggunakan peluang itu dengan sebaiknya atau tidak. Sekiranya kita terus masuk ke surau dan sembahyang berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah, kita mendapat hidayah Allah SWT. Jika sebaliknya, teruskan berdoa agar kita tidak sia-siakan sebesar zarah taufiq yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya.


Satu lagi contoh yang sering berlaku kepada kita, ketika hendak melakukan qiamulail. Kita sering mengabaikan kejutan-kejutan hidayah dan teruskan syahid di atas katil yang sangat empuk dan menyelimutkan diri dengan selimut yang mampu memberi sedikit haba kepada tulang belulang kita yang hampir beku.Sedarlah syauqah solehah dan sahabat-sahabat sekalian, teruskan melawan nafsu dan syaitan yang menyuruh kita tidur sedangkan Allah telah memberi peluang kepada kita untuk bangun menghadapnya.


Jom sahabat, kita temu kekasih agung.. damba redhaNya,ketenangan layari bahtera dalam kedhaifan diri. Moga kekuatan dapat dijana semula.



Kalau ada lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah SWT. Maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah SWT. Lintasan itu merupakan hidayah yang tidak akan datang selalu. Jarang-jarang sahaja. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh mungkin Allah akan tarik balik hidayahnya itu. Taufiq dariNya bukan milik orang yang tidak bersedia.

Kecemerlangan akhirat melalui prestasi hidup di dunia.










Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, akhirnya ana berkesempatan juga untuk membuat blog sendiri.
Sudah lama sebenarnya niat ana nak buat blog ni, akhirnya Allah SWT memberi kekuatan kepada ana untuk menghasilkan satu blog.

Harapan ana agar blog yang ana buat ni dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog ni.Ana juga berharap agar ana mampu untuk mengaktifkan blog ni dengan sebaiknya. Semoga Allah memberi panduan, idea dan pertolongan kepada ana bagi memastikan blog ini dapat digunakan seefektifnya. InsyaAllah.


Islam is Universal.