Memaparkan catatan dengan label Takut dosa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takut dosa. Papar semua catatan

Kisah ini merupakan kisah seorang hamba Allah yang TIDAK BOLEH DINAMAKAN.
Oleh itu, si penulis menamakan individu tersebut sebagai si dia. OK???

Alhamdulillah, akhirnya Allah meluangkan masa utk si dia berkongsi ilmu dengan adik-adik junior tentang pengertian ISLAM. Sebelum beetemu dgn adik2. Si dia menyiapkn diri dgn mmbaca buku yang ingin disampaikn kpd adik2. Si dia hnya membaca point2 pntg sahaja krn kesuntukan masa.

Petang itu, si dia bertemu dgn adik2 tu dan berkongsi ilmu. Sedang rancak berkongsi ilmu antara si dia dgn adik2 n adik2 dgn si dia. Si dia terbaca tntang REDHA MENERIMA AGAMA ALLAH SWT. S ebak hati si dia apabila mendengar ungkapan tersebut. Mengapa si dia berasa begitu tersentuh dgn perkataan tersebut sdgkn si dia sudah biasa mendengarnya. Salah satu sifat mukmin adalah REDHA DENGAN AGAMA ALLAH SWT.

Hati si dia tersentuh apabila memikirkan tentang dirinya. Dalam menerangkan ungkapan tersebut kepada adik2. Menggigil si dia, krn ungkapan REDHA DENGAN AGAMA ALLAH SWT merupakan 1 ungkapan yg sgt besar dan sukar utk dihayati dan diamalkn.

Apa yg sdg bermain di fikiran si dia? Apakah persoalan yang tertanya2 jauh di sanubari si dia?
Apakah baru kini dia sedar betapa pentingnya REDHA MENERIMA AGAMA ALLAH SWT?

Sahabat-sahabat yg dikasihi. Marilah sama-sama kita muhasabah diri ini. Benarkah kita redha dengan agama Allah SWT? Tanya diri dan jawab sendiri.

Si dia merasa sedih, kerana si dia sedar selama berpuluh-puluh tahun si dia berada di muka bumi ini. Baru 4 tahun si dia redha menerima agama Allah SWT.
Si dia teringat keadaan si dia ketika berada di sekolah, memperlekehkan aurat yg telah Allah gariskan, memanipulasikan ayat-ayat Allah dengan menyangka berpakaian sebegini sudah memenuhi syarat-syarat seorang muslimah. Mempertikaikan hukum hudud kerana si dia terpengaruh dengan kata-kata mereka yang makan garam dulu daripada si dia, bahawasanya hukum hudud itu tidak relevan dan kejam, memandang hina mereka yang berjanggut dan berbaju besar, memandang lekeh kepada individu yang tidak up to date dgn fesyen tekini dll.

Balik shj dari tmpt td. Si dia berfikir dan merenung diri ini.
Sudah banyak yang Kau berikan padaKU
tapi kini baru kusedar, baru 2-3 tahun aku redha dgn agamaMu Ya Allah.
Aku benar-benar bersyukur ya Allah,
kerana Kau masih memilih diri ini untuk sentiasa membaiki diri yang selalu sangat lalai
Aku bersyukur kerana kau memilihKu untuk berada di jalan
yang sentiasa menceritakan tentangMu Ya Allah

Ya Allah, ISTIQAMAHKANKU DALAM PERJUANGAN INI.

Tanya pada diri, pernahkah aku redha dengan ISLAM???
Bilakah aku mula redha dengan ISLAM????
Adakah kini aku sedar yang aku redha dengan ISLAM???
Berbaloikan apa yang Allah berikan padaku dengan keredhaan kita kpd ISLAM???

WALLAHUALAM.

Bersama-samalah kita membaiki diri untuk menggapai REDHANYA.
Tegurlah ana, andai ada silap dan salah.

KEBERKATAN ATAU KEMURKAAN YANG DICARI


Ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka. Dalam surah Ali-Imran ayat 134, Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah,

" Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain."

Siapakah manusia yang gagah?
Berhubung dengan ini nabi bersabda," Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya."






Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga.



Sahabat nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga."

Nabi menjawab, " Janganlah engkau marah!"
( diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya ).

Fisiologi Kemarahan


Macam nak belajar medic je. Hehehehe. Setiap ilmu itu adalah dari Allah. Maka, semua ilmu itu akan dikaitkan dengan kata-kata Allah SWT.

Apa yang sedang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah?

Mengikut pendapat para pengkaji, orang-orang tua yang sering marah0marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Selain itu, pengeluaran hormon stress akan meningkatkan keperluan jantung terhadap oksigen dan menyebabkab darah tercenderung ( khususnya platlet ) untuk membeku menyebabkan ianya berisiko.


Para saintis dari Universiti John Hopkins di Baltimore, Maryland, pula mendapati lelaki yang panas baran lebih mudah diserang sakit jantung walaupun mereka datang dari keluarga yang tidak pernah menghidap penyakit ini.

Mengikut jurnal Psychomatic Medicine, perasaan marah boleh merangsang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein ini menyebabkan pembuluh darah ( arteri ) menjadi keras dan proses ini boleh menyebabkan kejadian strok dan sakit jantung berlaku.

Mengikut Professor Madya Edward Suarez dari Pusat Perubatan Universiti Duke di North Carolina, Protein Interleukin ( IL-6 ) didapati lebih tinggi di kalangan lelaki yang menghidap kesugulan dan panas baran. Kadar interleukin yang tinggi akan memudahkan fatty acid berkumpul di dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis seterusnya sakit jantung.

Justeru itu, sama-samalah kita hindari perasaan marah dan banyakkan beristighfar. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan perasaan marah perlu dibendung dan dikawal agar diri ini tidak terbabas dari landasan kebenaran dan kebaikan.

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin.



Jangan marah-marah. Islam itu satu ketenangan.
Sama ada kita sedar atau tidak, mata kita merupakan pintu gerbang kepada maksiat. Sehinggakan sesiapa yang tidak dapat menahan pandangannya akan terjerumus ke dalam penzinaan dan kemaksiatan

Iman dalam hati individu terhakis dengan pandangan yang liar. Ish, ish.. Kita sedar kadang-kadang iman itu tidak hilang sepenuhnya, tetapi ingatlah sedikit-sdikit, lama-lama...Nauzubillah. Walaupun iman itu tidak hilang dengan tiba-tiba dan serentak, namun ia akan hilang sedikit demi sedikit. Kenyataannya pandangan terhadap lawan yang tidak halal memberi kesan kepada penyebab hilangnya iman itu.

Sebuah riwayat menceritakan pandangan adalah PANAHAN SYAITAN. Kita semua alert yang syaitan inginkan keburukan dan kebinasaan. Oleh itu, menjaga pandangan adalah kunci keselamatan. Kita harus ingat akan perintah Allah SWT dan kata-kata junjungan kita Rasulullah SAW.

Dalam sebuah riwayat, diceritakan nabi pernah menggerakkan tangannya bagi memalingkan wajah Al-Fadhl yang sama-sama sedang melakukan ihram, semasa sahabatnya itu sedang memandang seorang perempuan asing dengan sengaja.


Ada sebuah riwayat juga yang menceritakan, Ummi Salamah berkata," Semasa saya dan Maimunah berada di sisi Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba masuk ke tempat kami Abdullah Bin Ummi Maktum. Maka nabi berkata, " Berhijablah kamu daripadanya." Kami menjawab Ya Rasulullah bukankah dia seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami? Nabi menjawab, " Apakah kamu juga buta , tidakkah kamu melihat kepadanya?"

Firman Allah SWT;" Katakanlah kepada orang lelaki beriman,perlu untuk mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu bagi mereka untuk menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya......" ( An-Nur:30-31 )

Sahabat-sahabat sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain agar gerbang maksiat tidak terbuka dengan gahnya. baginda sudah tiada bagi memalingkan wajah kita daripada memandang mereka yang bukan mahram. Tiada teguran daripada mulut baginda yang menyuruh golongan wanita berhijab daripada melihat lelaki yang bukan miliknya. Tetapi Islam bukanlah agama yang melarang habis-habisan. Kita dibenarkan untuk berpandangan dalam urusan menuntut ilmu, berniaga, berjumpa dengan doktor dan persaksian. INGAT, jangan jadikan kelonggaran ini digunakan untuk mengaburi panahan syaitan.

Jangan kita lupa menanam dalam hati kita dengan kata-kata Allah SWT. Allah menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud, menjanjikan sesiapa yang menjaga dirinya daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah, maka Allah akan mengurniakan cintanya kepada mereka itu. Pandangan kita yang dapat dijaga dengan baik akan membuatkan kita dapat merasai kemanisn iman dan lazatnya beribadah.

Gunakanlah nikmat yang diberikan dengan memerhati keindahan alam cipataanNya sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya. Manusia itu mudah lupa, maka sahabat-sahabatla sebagai pengingat kepada hamba yang mudah lupa ini. Sama-samal kita mencari REDHA ALLAH SWT.

PANDANGLAH ISLAM DENGAN SETAJAM-TAJAMNYA.
Ingin rasa dihormati.
Ingin rasa dihargai.

Memang itu adalah fitrah manusia. Keinginan sebegini adalah normal. Tetapi yang menjadi abnormal apabila keinginan disertakan dengan perasaan riak sehingga menyebabkan seseorang individu itu menjadi sombong dan mendustakan kebenaran.

Rasulullah S.A.W bersabda:

" Siapa yang meRENDAH HATI maka Allah akan meMULIAkannya dan siapa yang SOMBONG diri maka Allah akan mengHINAkannya."

Ada sebuah kata hikmah yang mengatakan

" Tanamlah dalam tanah terendah kerana tiap-tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, tidak akan sempurna hasil buahnya."

Firman Allah Taala:


" Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada akan dapat menembusi bumi, takkan pula engkau sampai setinggi gunung."
( Ai-Israk:37)

Pohon yang mempunyai akar tunjang di dalam tanah akan sentiasa kukuh walaupun ditiup angin.
Pohon yang akarnya tidak sampai ke dalam tanah akan mudah untuk tumbang dam goyah.

Jika kita hendak peribadi yang kukuh, tanamkanlah diri kita ini di bumi kerendahan hati bukannya kerendahan diri. Diingatkan lagi sekali, bukan rendah diri tetapi RENDAH HATI.

Semakin rendah hati, semakin dimuliakan.
Semakin tinggi hati , semakin dihinakan.


Firman Allah SWT:
" Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong "
( An-Nahl:23)

Apa yang membezakan antara rendah hati dan rendah diri?

Rendah hati merupakan ciri hati yang sihat iaitu tidak sombong.
Rendah diri merupakan satu penyakit iaitu penyakit orang yang kufur nikmat. Ini kerana orang yang merendah diri lebih suka melihat kekurangan yang ada daripada nikmat yang Allah berikan. Sebagai contoh, orang yang tangannya bengkok. Dia lebih berasa malu kepada manusia kerana ketidak sempurnaannya dan merasakan dirinya sangat-sangat hina di hadapan manusia yang kelihatan sempurna pada zahirnya. Sebagai orang yang mempunyai kekurangan mereka harus sedar bahawa mereka sebenarnya mereka mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Mereka akan mendapat banyak rahmat daripada Allah SWT sekiranya mereka sentiasa bersabar. Sekiranya dengan kekurangan yang mereka ada tetapi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai muslim, sudah pasti mereka akan menyedarkan muslim yang lain yang masih lena dan secara tidak langsung menggerakkan orang-orang yang sempurna dari zahirnya.

Bagaimana caranya menghadapi orang yang meniggi diri?


1- Jangan berburuk sangka dengan orang yang sombong
Sekiranya kita berburuk sangka dengan orang yang sombong, kita yang akan terluka.
Berkemungkinan hati kita akan timbul titik hitam.
Kita harus berfikiran positif. Sebagai contoh, apabila seseorang tidak menjawab apabila kita menegur. Mungkin sahabat tersebut sedang memikirkan sesuatu yang merungsingkan
pemikirannya.

Jika, orang tersebut jenis yang suka menangkan diri dan tidak suka mendengar nasihat,
semakin kita merendah hati semakin dahsyat ketinggian hatinya. Kita sebagai muslim harus

bertindak, kita harus memberitahu orang tersebut bahawa perbuatannya itu tidak baik
( menjelikkan ) bergantung kepada cara masing-masing asalkan tidak melanggar syariat.

Janganlah sampai apabila kita melihat orang yang sombong, kita pun menjadi sombong.

Bagaimana merendah hati?

1- Jangan melihat orang lain lebih rendah daripada kita

Sekiranya kita melihat
i ) anak-anak kecil - Kita rasakan dosa kita lebih banyak daripada dia.
ii ) orang tua - Kita rasakan bahawa ibadat yang mereka lakukan lebih banyak daripada
ibadat kita.
iii) berbuat dosa - Kita rasakan bahawa sekiranya mereka bertaubat, mereka lebih baik
dan mulia daripada kita. ( Tapi jangan lupa amar makruf nahi mungkar )
iv)miskin - Kita rasakan bahawa tanpa mereka kita tidak dapat beramal. Kesabaran
yang mereka hadapi mendapat ganjaran yang besar daripada Allah
SWT.

2- Melatih diri untuk sentiasa berterima kasih dan memohon maaf. Berterima kasihlah
kepada orang yang membantu kita walaupun orang tersebut merupakan orang gaji kita.

3- Melatih diri kita melakukan kerja yang kita merasakan bahawa pekerjaan tersebut dalam
status kelas bawahan atau rendah. Sebagai contoh, cuba menyapu sampah di tempat awam.

4- Bergaul dengan orang yang merendah hati. Apa sahaja golongan ini lakukan pasti kita akan
terpengaruh dan setiap apa yang merreka lakukan akan menusuk hati kita. InsyaAllah.



Yang JELIK adalah orang yang rendah diri di hadapan manusia

Yang MULIA adalah orang yang rendah diri di hadapan Allah SWT

" Maksiat, dosa yang menimbulkan rasa rendah diri dan menghampakan rahmat Allah SWT lebih baik daripada perbuatan taat yang membangkitkan rasa sombong, ujub dan sombong diri."

Statement ini bukanlah beerti kita meremehkan dosa.

Sekiranya kita sentiasa beribadat dan menyebabkn kita menjadi sombong. Ini bermakna amal ibadat kita ada kekurangannya.

Ini kerana, solat itu mencegah perkara kemungkaran. Sekiranya solatnya sempurna sudah pasti tiada perkara mungkar.

" Sesungguhnya solat itu dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar "

( Al- Ankabut:45)

Bagi mereka yang berbuat dosa, mungkin suatu hari nanti mereka akan tersedar dan berasa benar-benar takut. Sehinggakan taubatnya menghapuskan dosa yang mereka lakukan. Orang yang tergelincir, akan merasakan benar-benar takut dan berasa rendah diri kepada Allah SWT. Mungkin taubat golongan ini, akan mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT.

BERHENTILAH MERENDAHKAN ORANG LAIN.

Ya Allah, Ampunilah segala kesombongan kami,

Ampunilah kami sekiranya kami sentiasa riak,
Ampunilah kami sekiranya kami menggunakan nikmat yang kau kurniakan ke jalan maksiat, Ampunilah kami sekiranya kami banyak menzalimi hambaMu yang lemah,

Ampunilah kami sekiranya kami sombong kepada kedua ibu bapa kami, guru-guru dan orang-orang yang Kau muliakan,

Ya Allah,

Bimbinglah kami untuk menjadi hambaMu yang tawaddhuk, selalu berasa malu padaMu dan tidak menghina orang-orang yang Kau muliakan,

Bimbinglah kami agar setiap nikmat dan kurnia yang Kau berikan menyebabkan kami tersungkur sujud pada Mu dan bermanfaat pada hambaMu,

Angkatlah darjat kami dengan kerendahan hati,

Bahagiakanlah hati kami dengan hati yang tulus dan ikhlas,

Bahagiakan hati kami dengan perasaan pesona terhadapMu dan sentiasa rindu padaMu,

YA ALLAH, ENGKAULAH TUMPUAN, HARAPAN DAN PUJAAN KAMI.

Muliakan diri kami dengan akhlak yang mulia







Assalamu’alaikum wbt.. Pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan RasulNya dengan membawa petunjuk agama yang benar. Cukuplah Allah sebagai saksi bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata. Sebagai santapan rohani sahabat-sahabat sekalian, ana ingin mengupas sedikit sebanyak berkaitan tajuk “Hukum Berhibur Menurut Islam”. Kenapa dan Mengapa saya memilih tajuk berkenaan? Ini adalah kerana kecelaruan mahasiswa dalam memahami hukum berhibur ini sehinggakan telah menyebabkan banyak perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam dalam masalah berhibur dan nyanyian berlaku di negara kita sekarang ini.


Islam bukanlah agama yang mengongkong sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.


Perumpamaannya seperti kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan,
Apatah lagi kita yang hanya hamba Allah SWT, yang tidak mempunyai apa-apa di muka bumi ni. Lagilah ada peraturan dalam setiap perkara yang dilakukan.


Setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had. Semua perkara ada 'rights and limits', ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan.


Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa batasan dan sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.


Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin al-As , yang bermaksud: "Wahai Abdullah bin Amr, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."


Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.


Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.


Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:

i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan

ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat

iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan

iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak

v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat


Akhir sekali suka untuk ana katakan. Ketika anda sedang seronok berhibur terlompat-lompat, terkinja-kinja, dalam keadaan tidak tentu arah.

Tiba-tiba hadir seorang yang kita cintai dan junjungi iaitu Rasulullah SAW. Apakah yang akan kita lakukan?

Lupakah kita pada saat-saat terakhir kewafatan Rasulullah SAW? Siapakah yang berada di fikiran Rasulullah SAW? Sanggupkah kita melakukan perkara yang dibenci Rasulullah SAW? Sekiranya kita tidak dapat membayangkan yang Allah SWT sedang memerhatikan kita, bayangkanlah kehadiran Rasulullah SAW.

Lupakah kita bahawa malaikat izrail akan melaksanakan tanggungjawabnya pada bila-bila masa saja tanpa lewat sesaat pun?. Sedarkah kita, tanpa lafaz ALLAH dibibir kita malah perkataan yang tidak tentu arah dan dalam keadaan di mana kita melupakanNya, AJAL KITA TIBA?. Sempatkah kita untuk bertaubat? Sama-samalah kita bermuhasabah.