Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:
"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)
Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.
Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.
Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH
كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)
Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata: "Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."
Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata: "Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu." Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:
"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."
Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).
KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن
"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)
Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:
"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:
اجتمعن يوم كذا وكذا
"Berhimpun pada hari sekian-sekian."
Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)
Pengajaran:
Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

http://akhisalman.blogspot.com/


Semoga kita tergolong dalam golongan Muslimah yang Allah REDHAI.
InsyaAllah.
Syukran kepada sahabat ana yang forwardkan emel ni kepada ana.






Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966
UKHUWAHFILLAH NEVER END.

This message was received last year from my SAHABAT SEPERJUANGAN ( Zaleha- MUSLIMAT POWER )

Sama-sama kita doakn untuk jadikan Allah sebagai yang paling dekat dengan kita. INSYAALLAH.

Allah sebaik-baik tenpat mengadu, then mak kita..., ayah... adik... sahabat2.

InsyaAllah,kalau ada kesempatan n umur panjang,kita jumpa lagi di dunia ni. Jika tidak,mudah2an kita dikumpulkan Allah berjumpa di syurga,n bercakap2 di bawah naungan pohon syurga.

"(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku)." katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat(keadaan rakanku yang ingkar itu)?" Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) "[As-saffaat:50-57]

Ibn Kathir dlm menafsirkan ayat2 ini berkata: Allah tells us that the people of Paradise will approach each other and question each other about their lives on the earth, discussing how they used to be and the difficulties that they used to face. This will be their topic of discussion while they take drinks and meet together, socializing and reclining on couches, while servants attend to them, bringing them all goodness in the form of food, drink, and apparel, the likes of which no one has ever before seen, heard, or even imagined.

A beautiful message from Allah.

INDAHKAN BERSAHABAT KERANANYA. KEINDAHANNYA TIDAK BERAKHIR DI DUNIA TETAPI BERTERUSAN HINGGA KE AKHIRAT SANA. INSYAALLAH.

From: Dr. Aisyah. ( Poison Ivy )

Terima kasih kak aisyah.
SEGALA-GALANYA ADALAH KERANA ALLAH SWT.

Teman...
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh nan aqidah muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman
Wahai temanku an nisa'...
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu engkau seringkali menjadi fitnah lelaki
Dan itu sememangnya bukan kesalahanmu
Wahai temanku ar rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yang seringkali mengimpikan teman disisi
Dan tentulah teman yang diimpikan seorang serikandi
Wahai temanku an nisa...
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi..ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai
Dan aku juga tahu temanmu ar rijal juga bagitu
Tetapi temanku an nisa' ketahuilah engkau
Bercinta itu fitrah...
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah
Kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika benar engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidak akan bias melunakkan suara engkau
Engkau tidakkan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal
Dan engkau mengetahui...
Dia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu nafsu raja yang menggila
Kerana engkau tahu dia akan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya
Wahai temanku ar rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya
Letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidak akan bisa mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu dan 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu
Andai angkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan ringan
Kerana engkau tahu itu sudah menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan...
Zina tempatnya di api yang menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya andai
engkau relakan dia terjun ke neraka

Sahabatku an nisa'..
sahabatku ar rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan ikhlasku lillah
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang Hakiki
Dan engkau akan merasa cinta manusia sedikit

Cuma.
Andai DIA yang engkau dahului
Engkau tidakkan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata engkau
tidakkan rindu andai sehari tidak bersua
engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love u
kerana engkau percaya DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tidak ke mana yakinlah
Apakah benar engkau meyakini takdirNya

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku membenci mungkar itu
Dan kerana aku takut akan api yang menjunam itu
Aku menegur mu mana mampu
Kerana aku takut andai aku tidak menegurmu
Kita kan sama sama meredah lautan api yang terlalu pedih
Yang terlalu seksa yg terlalu azabNa 'uzubillahi min zalik
Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA kerana DIA lah penjaga iman kita
Yakinlah dengan DIA
Serahkan segalanya pada DIA
Kerana DIA tahu yang terbaik sedangkan kita tidak
Allahua'lamAkhirul kalam
Letakkan DIA dalam hatimu
Engkau akan merinduiNya
andai harimu tiada ingatan kepadaNya
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanmu
Engkau akan rindu andai DIA tidak memandangmu
Engkau akan tak keruan andai doamu ditolak
Dan itulah cinta hakiki
Kerana kau yakin di sana adanya sebuah pertemuan
Di taman syurga yang indah.
Islam Is The Way Of Life