Ikhwanul Muslimin kritik Obama

KAHERAH 10 Mei - Pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam menyifatkan rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai 'tidak berguna' kecuali AS menunjukkan perubahan dramatik dalam polisinya terhadap negara Arab dan dunia Islam.
White House kelmarin mengumumkan bahawa Obama akan berucap di Mesir mengenai hubungan AS dengan dunia Islam pada 4 Jun ini dalam usaha beliau untuk memulihkan ketegangan antara negara kuasa besar dunia itu dengan negara-negara Islam.


Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin, Mohammed Habib bagaimanapun sangsi dengan niat Obama, berdasarkan ulasan beliau yang disertakan dalam laman web kumpulan itu.
"Pentadbiran AS sedang cuba merekrut negara Arab... untuk melaksanakan agenda lamanya yang memihak kepada entiti Zionis," tegas Habib merujuk kepada hubungan erat AS dengan Israel.


Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Mesir telah mengambil langkah untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dengan memenjarakan beratus-ratus anggotanya, selain larangan daripada melibatkan diri dengan politik secara rasmi. - AP

SALAM PERJUANGAN
Selamat Pengantin Baru Kak Cik dan Akhi Zaim. Semoga berjaya melahirkan pejuang-pejuang Islam di muka bumi ini. InsyaAllah.


Assalamualaikum, sahabat-sahabat yang disayangi.


Hari ini, si dia benar-benar berasa sedih,kerana terlalu memikirkan masalah ummah yang semakin sukar dikawal di bumi ciptaan Allah SWT.

Si dia merasakan, Islam bukanlah panduan semua umat Islam

Si dia merasakan, Rasulullah SAW bukanlah ikutan dan idola umat Islam

Si dia merasakan, semakin hari, Islam semakin diketepikan oleh umat Islam

Si dia merasakan, kebanyakan mereka tidak sedar apa tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini

Si dia merasakan, kebanyakan tindakan dibuat hanya berdasarkan logik semata-mata tidak dibndingkan dengan hukum-hakam Islam

Si dia merasakan, orang yang bawa Islam selalu menjadi bahan tohmahan orang-orang yang tidak menghayati Islam

Si dia merasakan, orang yang berani menyatakan kebenaran Islam semaki hari semakin berkurang

Si dia merasakan, mereka yang membawa Islam dikatakan kolot oleh kebanyakan masyarakat

Pelbagai perkara yang selalu si dia fikirkan, tidak termampu untuk diluahkan.


HANYA ALLAH SWT YANG TAHU BETAPA HATI SI DIA TERSEKSA BILA MEMIKIRKAN MASALAH UMMAH DI SEKELILINGNYA

BETAPA HATI SI DIA MERINTIH KESEDIHAN MELIHAT UMAT ISLAM DI SEKELILING SI DIA

BETAPA HATI SI DIA SAKIT MELIHAT ATURAN ALLAH DIKETEPIKAN

BETAPA HATI SI DIA PASRAH APABILA TIDAK MAMPU UNTUK BERTINDAK SEBAGAIMANA BERANINYA RASULULLAH SAW DAN PEJUANG-PEJUANG DAHULU MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH SWT DI MUKA BUMI INI.


Nasihat si dia, buat hamba-hamba yang merasakan dia benar-benar hamba kepada Allah SWT

buat hamba-hamba, yang sentiasa meminta-minta kepada Allah SWT, tanpa Allah SWT mengecewakan mereka,

buat hamba-hamba yang selalu solat 5 waktu kepadaNya,

buat hamba-hamba yang sentiasa melafazkan syahadah di bibir

buat hamba-hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya

buat hamba-hamba yang pernah belajar hukum hakam agama ( eg : aurat, ikhtilat, hiburan dll )


MUHASABAHLAH DIRI INI



Pernahkah kalian, memikirkan bagaimana seandainya Rasulullah SAW ada di muka bumi ni,

Beranikah kalian, berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan aurat tidak di jaga

Beranikah kalian, bertembung dengan Rasulullah SAW dalam keadaan kalian sedang bersembang rancak dan bergurau senda dengan yang bukan mahram

Beranikah kalian, berhadapan dengan Rasululah SAW dalam keadaan kalian sedang bertepuk tampar dengan seseorang yang haram di sisi agama untuk bersentuhan

Beranikah kalian, menunjukkan sms kalian kepada baginda

Beranikah kalian, menjemput Rasulullah SAW untuk merasmikan sesuatu majlis yang melanggar syariat Islam

Beranikah kalian, menjemput Rasulullah SAW untuk hadir ke konsert yang terkinja-kinja, menjerit-jerit, langsung kalimah Allah tidak disebutkan

Beranikah kalian, mengatakan sesuatu konsert itu merupakan konsert amal di hadapan Rasulullah SAW, sedangkan kriteria hiburan Islam langsung tidak ada

BERANIKAH KALIAN,

TIDAK MALUKAH KALIAN,

TIDAK HORMATKAH KALIAN,

TIDAK BERFIKIRKAH KALIAN

BENARKAH KALIAN CINTAKAN RASULULLAH SAW, ATAU SEWAKTU MAULIDUR RASUL SAHAJA.


Sahabat-sahabat, hidup ini hanya 1 sahaja tujuannya.

Segala-galanya adalah ISLAM, ISLAM, ISLAM

Hanya ada dua jalan SYURGA DAN NERAKA

Si dia, sedih dan tidak berani untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW

Kerana sedar tiada apa yang dapat dikongsikan bersama baginda

Kerana sedar, diri ini tidak benar-benar menjadikan baginda sebagai IDOLA hidup

Jika benar, baginda idola si dia, sudah pasti

si dia tidak teragak-agak menyatakan kalimah Allah SWT

Sahabat-sahabat, ingatlah PANDANGAN ALLAH SWT SETIAP DETIK DAN SETIAP SAAT.

Setiap tindakan kita, fikiran kita dll akan dihitung olehNya


Ya Allah,

Ampunilah si dia,

atas segala-galanya

Si dia ini lemah,

tidak ada kekuatan untuk menegakkan hukumMu

Si dia ini pengecut,

hanya mengharapkan orang lain

Si dia ini kekurangan segala-galanya

Berikanlah kekuatan kepada si dia

Berikanlah kefahaman kepada si dia

Berikanlah semangat jihad kepada si dia

Berikanlah, berikanlah, berikanlah Ya Allah

Si dia, tidak mahu menjadi pengkritik di belakang tabir

Si dia, tidak mahu sentiasa bersedih dan rasa bersalah

Setiap hari, si dia rasa bersalah terhadapMU kerana tidak mampu

menjalankan amanah yang kau berikan kepada semua manusia

Ya Allah, ampunilah si dia

Tarbiyahkan si dia sebagai hambaMu yang Kau Redhai

AMIN..


ANDAI KATA , SETIAP HATI UMAT ISLAM MERASAKAN BEBANAN SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI INI.

INSYAALLAH, ISLAM AKAN TERTEGAK


Buat si dia,

jangan bersedih, itulah sunnah perjuangan

jangan pasrah, bangkit dan terus bangkit kerana Allah sentiasa di sisi hamba-hamba yang memerlukanNya
KUATKAN DIRI WAHAI SI DIA, ANDAINYA KAU LEMAH,

GUGURLAH SEORANG HAMBA YANG MEMAHAMI PENTINGNYA ISLAM DI BUMI INI.

INGAT, JADILAH RANTAI-RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH SAW.





1. Mendapat kemulian dr Islam dgn perkahwinan.

Diantara perkara yg menunujukkan Islam memuliakan manusia dgn perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah.

Nabi bersabda

Maksudnya: Hubungan kelamin yg dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala?

Lalu Nabi menjawab:
Maksudnya: Ya, apa kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pd yg haram (tentunya mendapat dosa)?

Demikian juga sebaliknya apabila seseorng tu melepaskan pd yg halal, dia akn mendapat pahala.(HR Muslim)Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin.

Nabi bersabda:
Maksudnya: Tiga Golongan yg Allah pasti tolong mereka: -slh satunya- org yg bernikah kerana nak menjaga dr maksiat. (HR Tirmizi)

2.Mencari ketenangan dan kebahagian dlm perkahwinan.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Diantara tanda2 kekuasaannya menjadi pasanganmu dr kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati pdnya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21)

Nabi bersabda:
Maksudnya: Empat dr kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:
Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yg cantik dn tertarik dgn wanita tersebut mk hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim)

5. Membina generasi yg gemilang.

Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,dgn itu dpt memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yg banyak pd hari kiamat..(moral: Jangan kita kate gatal pd org yg nak kahwin tapi kita cela pd org yg nak buat maksiat..)



Selamat Pengantin Baru Sarah dan Onn Azli.
Semoga perkahwinan anda mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT sepanjang meniti usia di Bumi Allah ini.

Segala-galanya adalah kerana Allah SWT.

Ibu melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Masihkah kita menyakitkannya?Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaannya?Mencaci makinya? Melawannya?Memukulnya? Mengacuhkannya?Meninggalkannya?Ibu tidak pernah mengeluh membersihkan kotoran kita waktu masih kecil,Memberikan susu waktu kita bayi,Mencuci pakaian kotor kita,Menahan derita,Menggendong kita sendirian.



Di saat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..tangannya tak dapat hapuskan airmatamu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan.. bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup membahagiakannya..apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...itupun kalau kamu sayang ibumu dan mau mengingatkan teman2mu.




Ingat-ingatlah lima aturan sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan pikiranmu dari segala kekuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Berikan lebih banyak (give more).

5. Jangan terlalu banyak mengharap (expect less


).


SEDARILAH bahwa di dunia ini terlalu sedikit orang yang mau mati demi IBU, tetapi... Beliau satu-satunya orang yang bersedia mati untuk melahirkan kita…


Selamat Hari Jadi Emak ( Latipah Binti Ishak - 8 may 1963 )
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya :
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya :
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Hanya itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seol h dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.

""Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.

"Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya."Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.


"Note: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalumenjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin."
Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa batasan dan sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.
Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin al-As , yang bermaksud: "Wahai Abdullah bin Amr, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."

Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.
Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.

Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani dan rohaninya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya. Malah dalam hubungan kemasyarakatan yang lebih luas, insan yang sihat itu ialah yang dapat memelihara diri dan mampu berada dalam keadaan aman dan damai dalam persekitaran masyarakat, ekonomi dan politik, tanpa perbezaan bangsa dan sebagainya.

Kesihatan jasmani dan rohani serta kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang bersepadu dan tidak dapat dipisah-pisahkan. Insan yang sihat badan, roh dan jiwanya berserta yang sihat pergaulannya sahaja yang merupakan insan yang seimbang, mantap dan produktif. Usaha manusia untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah dengan menguasai ketenangan jiwa, kesihatan tubuh badan dan menghindari kekusutan fikiran. Inilah yang ingin dicapai menerusi konsep hiburan dalam Islam.

Jasmani yang sihat akan menjamin kecerdasan otak dan minda, ketenangan dan kematangan perasaan; dan dengan itu terhindarlah segala tekanan dan masalah jiwa dan sebagainya. Kesihatan jasmani dan rohani akan melahirkan akal dan jiwa yang kuat dan kukuh, berdaya saing, kreatif dan pantang menyerah dalam menghadapi pelbagai masalah kehidupan. Dengan itu juga maka masyarakat akan terselamat dari sebarang kegiatan yang memudaratkan, malah ia akan menjadi insan yang lebih berdisiplin, dan imannya menjadi semakin kuat dan mantap.

Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan sesuai serta selesa dengan budaya tempatan. Berdasarkan kepada fakta sejarah, bahan dan bidang untuk kesenian dalam Islam adalah luas dengan segala kebaikan dan kehalusan seninya.
Tetapi adakah masyarakat kita memberi laluan yang sewajarnya untuk perkembangan hiburan tanah air dilahirkan menerusi acuan dan pendekatan Islam?Sesungguhnya masalah dan perdebatan inilah yang ingin dicari penyelesainya supaya ianya menjadi satu titik tolak ke arah yang lebih bermakna demi mendapatkan keredhaan Allah s..w.t. dalam konteks memenuhi naluri keinginan manusia menerusi hiburan yang terpimpin.

BERHIBUR TIADA SALAHNYA

JIKA TAHU ATURANNYA DALAM ISLAM

ISLAM UNTUK SEMUA

ISLAM SESUAI SEPANJANG ZAMAN.

SAYANG ISLAM

YAKIN PADA ALLAH SWT


Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

“Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.”

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.


Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’

Indahnya ISLAM jika kita benar-benar mencari Islam dengan kefahaman bukannya ikutan semata-mata. Kadang kala tindakan yang kita lakukan adalah semata-mata kerana kita suka melihat cara seseorang yang dianggap idola bagi kita. Tapi ingatlah sahabat2 siapakah ikutan kita sebenarnya. RASULULLAH SAW. Jika benar, sahabat-sahabat cintakan Rasulullah SAW. BUKTIKAN, TLG BUKTIKAN. Menitis air mata ini, apabila melihat ajaran Rasulullah diketepikan kerana percayakan kata-kata manusia yang kita kagumi dan percayai.


Tanyalah pada diri sahabat-sahabat, benarkah aku mencintai Rasulullah SAW? Apakah amalan yang kita yang mengikut sunnahnya. Tanpa disedari, begitu banyak amalan yang telah kita amalkan tetapi tidak tahu hujahnya. ISLAM TERTEGAK DENGAN HUJAH.


Sedarkah sahabat2, amalan kita membuang air dengan duduk berpijak di atas dua biji batu bata merupakan amalan Rasulullah SAW. Sedar atau tidak, tanyalah pada diri sendiri.


Daripada Kitab Thaharah bab 4: Shahih al-Bukhari: Bab: Orang yang membuang air dengan ( duduk ) berpijak di atas dua biji batu bata.


Mungkin ada yang mengatakan perkara seperti ini tak perlu dibincangkan. Tapi bagi ana, setiap apa yang Rasulullah SAW lakukan ana harus ambil berat kerana Rasulullah SAW merupakan idola ana dan sepatutnya menjadi idola setiap manusia. Bukannya manusia-manusia yang terkinja-kinja, melalak, terbuka sana terbuka sini yang kita ambil berat tentang apa yang berlaku terhadap mereka. Itulah yang terjadi sekarang.


Dalam hadith ini:


" Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Sa'id daripada Muhammad bin Yahya bin Habban daripada bapa saudaranya Waasi' bin Habban daripada 'Abdullah bin 'Umair bahawa beliau berkata: " Orang ramai mengatakan apabila engkau duduk untuk membuang air maka janganlah engkau menghadap Qiblat dan janganlah juga menghadap Baitulmaqdis. ' Abdullah bin Umar berkata: " Pernah pada suatu hari saya naik ke atas bumbung rumah kami, tiba-tiba saya ternampak Rasulullah SAW sedang DUDUK BERPIJAK DI ATAS DUA BIJI BATU BATA dengan menghadap Baitulmaqdis untuk membuang air. Dan dia Ibnu Umar berkata kepada Waasi': " Barangkali engkau ini termasuk di kalangan orang-orang yang bersembahyang dengan meletakkan punggung-punggung mereka ke lantai". Saya Waasi' berkata: " Saya tidak tahu, demi Allah(apa maksudnya)". Malik menjelaskan: " Maksudnya ialah orang yang bersembahyang dalam keadaan tidak terangkat punggungnya dari lantai. Dia sujud dalam keadaan punggungnya melekat di lantai".


Sahabat-sahabat, amalan ini sudah kita amalkan sekian lama, tapi kita tak tahu hujahnya. Bagi mereka yang menyedari diri mereka kurang ilmu, tuntutlah ilmu. Carilah ilmu yang sepatutnya dituntut oleh hamba Allah SWT. Jangan bicara tentang Islam jika tidak tahu hujahnya. Lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan sesuatu yang tidak pasti hujahnya.


Marilah sama-sama kita menambah ilmu bagi mencapai keredhaan Allah SWT agar setiap tindakan yang kita lakukan kita tahu hukumnya. Bertuahlah bagi sahabat-sahabat yang ada di Kelantan. Terlalu banyak tempat dan masa yang kita boleh cari untuk menuntut ilmu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Setiap apa yang ana coretkan ini ditujukan kepada diri sendiri yang berusaha untuk menambah ilmu yang sepatutnya dicari oleh hamba Allah SWT. Minta maaf atas segala silap dan salah. Setiap apa yang berlaku, setiap detik tanpa disedari adalah tarbiyah dari Allah SWT. Tarbiyah bukan pada waktu tertentu atau event tertentu tetapi sepanjang masa. Itulah gunanya muhasabah diri setiap hari agar kita sedar yang diri ini ditarbiyah. Pahatkan dalam hati, Allah sentiasa di sisiku untuk mendidikku bukannya menghancurkanku. SEDARLAH SAHABAT-SAHABAT.


AL-QURAN DAN SUNNAH IKUTAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG DICINTAI.