Ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka. Dalam surah Ali-Imran ayat 134, Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah,

" Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain."

Siapakah manusia yang gagah?
Berhubung dengan ini nabi bersabda," Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya."






Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga.



Sahabat nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga."

Nabi menjawab, " Janganlah engkau marah!"
( diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya ).

Fisiologi Kemarahan


Macam nak belajar medic je. Hehehehe. Setiap ilmu itu adalah dari Allah. Maka, semua ilmu itu akan dikaitkan dengan kata-kata Allah SWT.

Apa yang sedang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah?

Mengikut pendapat para pengkaji, orang-orang tua yang sering marah0marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Selain itu, pengeluaran hormon stress akan meningkatkan keperluan jantung terhadap oksigen dan menyebabkab darah tercenderung ( khususnya platlet ) untuk membeku menyebabkan ianya berisiko.


Para saintis dari Universiti John Hopkins di Baltimore, Maryland, pula mendapati lelaki yang panas baran lebih mudah diserang sakit jantung walaupun mereka datang dari keluarga yang tidak pernah menghidap penyakit ini.

Mengikut jurnal Psychomatic Medicine, perasaan marah boleh merangsang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein ini menyebabkan pembuluh darah ( arteri ) menjadi keras dan proses ini boleh menyebabkan kejadian strok dan sakit jantung berlaku.

Mengikut Professor Madya Edward Suarez dari Pusat Perubatan Universiti Duke di North Carolina, Protein Interleukin ( IL-6 ) didapati lebih tinggi di kalangan lelaki yang menghidap kesugulan dan panas baran. Kadar interleukin yang tinggi akan memudahkan fatty acid berkumpul di dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis seterusnya sakit jantung.

Justeru itu, sama-samalah kita hindari perasaan marah dan banyakkan beristighfar. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan perasaan marah perlu dibendung dan dikawal agar diri ini tidak terbabas dari landasan kebenaran dan kebaikan.

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin.



Jangan marah-marah. Islam itu satu ketenangan.
Alhamdulillah, baru-baru ni ana sempat mendengar sedikit pengisian daripada Ustaz Fadlan kepada kami pelajar untuk menaikkan semangat kami yang selalu turun naik menghadapi dugaan sepanjang pengamalan pengajian perubatan. Pengisian yang diberikan oleh ustaz sedikit sebanyak menaikkan semangat kami untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana banyak manfaatnya kalau kami berjaya mnjadi seorang doktor. InsyaAllah. Pengisian ustaz bukanlah untuk pelajar perubatan sahaja tetapi untuk pegawai kesihatan yang lain.

Sebelum memberi pengisian, ustaz blur2x sikit sebab xder hadith2 yang spesifik untuk perubatan dalam pengetahuan ustaz memandangkan ustaz dipanggil secara tiba-tiba tanpa sebarang persiapan yang rapi. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan ustaz pada hari tu.
Akhirnya, ustaz diberi buah fikiran oleh Allah SWT.

Ustaz membacakan satu hadith yang biasa didengar oleh kita semua iaitu:

" Tiada seorang muslim pun yang menziarahi orang sakit pada waktu pagi kecuali akan ada tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke waktu petang. Sekiranya dia menziarahinya pada waktu petang, pasti akan ada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat ke atasnya sehingga waktu pagi. Dia juga mendapat sebidang taman di dalam syurga."

HR al-Tirmizi ( 891 ) ; Sahih:Sahih al-Tirmizi ( 969 ).

Apabila dikaitkan hadith ni dengan kerjaya seorang doktor, jururawat dll. Boleh dikatakan setiap masa kita menziarahi pesakit. Lihatlah, betapa banyaknya ganjaran yang Allah berikan sekiranya kita benar-benar tahu dan benar-benar niat melakukan sesuatu kerana Allah, sekaligus berniat untuk merawat pesakit di samping itu kita menziarahi mereka. Menjadi seorang pelajar pun kita selalu menziarahi pesakit. Oleh itu, sahabat-sahabat sama-samalh kita perbaharui niat kita bila pergi ke wad untuk clerk patient, bukan untuk belajar sahaja malah untuk menziarahi mereka. InsyaAllah.

Andai kata kita benar-benar melakukannya, boleh dikatakan setiap saat malaikat akan berselawat ke atas kita kerana kerjaya seorang doktor bukanlah office hour tetapi sepanjang masa. Indahnya berada di bawah payungan selawat para malaikat.

Selepas tu, ustaz membacakan satu hadith

" Aku telah melihat seorang lelaki yang bersenang-senag di dalam syurga, hanya kerana sebatang pokok yang berada di atas jalan lalu dipotongnya kerana pokok itu menyakiti orang ramai."

HR Muslim( 4745 )

Waktu tu, ustaz menganalogikan hadith tu dengan pembedahan membuang sesuatu dari badan seperti ketumbuhan untuk menyelamatkan pesakit or mengurangkan derita pesakit.

Kemudian, ustaz juga ada membacakan hadith

" Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain di dunia ini kecuali Allah akan menutup aibnya di hari kiamat."
Ustaz pun kata, menjadi seorang doktor banyak aib yang kita telah nampak or kita tahu. Sekiranya kita menutup aib tu dengan sebaik-baiknya, berapa banyak Allah akan menutup aib kita. Tiada apa yang lebih indah, jika Allah menutup aib kita.
Selain itu, ustaz juga berpesan berpada-padala dalam mendedahkan aurat pesakit.

Dan banyak lagi yang ustaz perkatakan. Apa yang penting di sini, setiap apa yang kita lakukan pastikan kita benar-benar mengetahui tindakan kita itu. Ingatlah, Rasulullah saw adalah idola kita. Maka, jadikanlah baginda benar-benar sebagai idola kita bukan hanya lafaz di bibir tetapi kita masih keliru, benarkah aku mengikut apa yang Rasululla tunjukkan. Tuntutlah dan carilah ilmu jika kita sedar bahawa diri ni masih kurang ilmu. Wallahualam.




Indahnya kenhidupan ini jika setiap tindakan tahu siapa ikutan kita.