Memaparkan catatan dengan label Allahughoyatuna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allahughoyatuna. Papar semua catatan



Sedarkah kita sebagai umat Islam, 5 perkara yang digeruni oleh dunia terhadap umat Islam adalah

  1. Bilangan Muslim yang semakin ramai.

  2. Kekayaan bahan mentah, kebanyakannya di negara-negara Islam.

  3. Kedudukan negara-negara Islam adalah di tengah-tengah dunia.

  4. Kedudukan negara Islam, kebanyakannya di tepi lautan atau laluan pelayaran.

  5. Belum tercapai lagi. ( Penambahan bilangan umat Islam yang sedar bahawa ideologi dunia membawa bencana ).

Seandainya kita mampu mencapai perkara yang terakhir itu, pasti kita dapat menggunakan keempat-empat anugerah yang memang sudah tersedia itu dengan sebaik-baiknya bagi membentuk khalifah islamiyah. Sedihnya, masih belum muncul Salahudin Al-Ayubi yang kedua yang mampu menyatukan elemen-elemen tersebut ke arah pembentukan khalifah islamiyah. Mungkinkah akan muncul???

Sekiranya kita mampu menggunakan 2,3 dan 4. Pasti dunia akan gembira dengan Islam. Tapi kita umat Islam masih daif, kerana terpaksa mengikut percaturan pihak barat yang meletakkan diri mereka sebagai pemerintah dunia. Tapi pemerintahan itu, akan lenyap jika kita pandai dan berani menggunakan anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya. Bayangkan sekiranya dunia Islam menyekat penyaluran bahan mentah ke negara mereka. Bayangkan sekiranya dunia Islam menyekat pelayaran mereka ?Tapi kita harus sedar bahawa yang kelima masih belum tercapai.

Sedangkan zaman salahudin kalah dalam peperangan kerana tiada QIAMULAIL. Bagaimanakah kita???


Marilah sama-sama kita berusaha ke arah pencapaian yang kelima. Agar semua umat Islam jelas dengan AQIDAH ISLAMIYAH.

INSYAALLAH.

Ingatlah pernah suatu ketika dahulu, Mesir menyerahkan kekuasaan kepada Islam bukan kerana takut dengan Islam tetapi telalu kagum dengan cara hidup Islam. Pemimpin Mesir pada ketika itu kagum dengan pemimpin Islam yang meletakkan dirinya sebaris dengan orang lain dan kagum dengan pengikutnya yang rukuk bersama-sama setelah pemimpinnya rukuk.

Sedarlah, dunia akan gembira sekiranya tahu apa itu ISLAM sebagaimana pemimpin Mesir. Ini kerana Islam adalah kesejahteraan untuk semua.

DUNIA TIDAK AKAN AMAN DALAM KEADAAN MANUSIA MENENTANG ALLAH SWT.





Penumpang MH091 13 Mei diminta hubungi Kementerian Kesihatan

15/05/2009 5:25pm

KUALA LUMPUR 15 Mei — Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.
Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.
“Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Ismail dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
hmm........ dah sampai Malaysia rupanya virus ni.

Kami berlindung dengan-Mu ya Allah, Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada-Mu ya Allah, Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakal kepada-Mu ya Allah, Tuhan yang Hidup lagi tidak Mati. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami dari kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami dari segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan Ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya Engkau ya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan Pemilik sekalian alam."

Sahabat-sahabat, H1N1 virus yang paling ditakuti kerana boleh membawa maut.
Tapi virus sosial yang boleh merosakkan aqidah, kurang dibimbangkan.
MATI ITU PASTI.
Tapi biarlah mati kita dalam keadaan kita mendaulatkan ISLAM. Bukannya memperlekehkan atau menghina ISLAM secara sedar dan tidak sedar.
Mungkin ada yang kata, saya tak pernah hina Islam.
Pasti ke???
Jika kita mengabaikan ISLAM dalam kehidupan kita, bukankah kita telah mengabaikan ISLAM atau ALLAH SWT yang sangat menyayangi hamba-hambaNya dengan memberi kehidupan yang selesa kpd kita. ( sbb tu korg still blh baca blog ni- sbb snangkan ).
Kita campakkan aturan ISLAM entah ke mana-mana kerana ingin dipandang up to date, open minded, vogue dan mcm2 lagi perkataan pelik.
Di manakah ISLAM dalam diri anda sekiranya tiada penghayatan yang tersemat dalam diri?
Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk kita.
Bangunlah, sahabat-sahabatku. Yakinlah dengan Islam. Dalami Islam.
Firman Allah SWT:
"... Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda kematianku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh."
" Dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang itu apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
( al-Munafiqun: 10- 11 )
Bagi yang ada sakit kronik, ada kesempatan bagi mereka untuk menyedari hakikat yang mereka akan mati. Bagi kita yang sihat walafiat, andai kata kita mati secara tiba2 dalam keadaan virus duniawi dalam diri. Adakah kita sempat untuk bertaubat atau menyebut nama Allah SWT dalam keadaan kita berada di majlis di mana hiburan tidak terkawal, ikhtilat tidak di jaga, ayat-ayat mengingati Allah diketepikan dll keadaan yang melalaikan.
Mungkin ada yang merasakan, hidupnya lama lagi.
Tapi benarkah kalian tahu tarikh dan waktu kematian?
Ingatlah AJAL di mana-mana saja.
Hatta, ketika tidur.
Sahabat-sahabat, nasihatilah diri ini agar terpelihara aqidahnya.
Bimbinglah diri ini yang baru sedar pentingnya ISLAM dalam kehidupan.
Betulkan diri ini andai kata apa yang disampaikan ada kesilapan.
Jangan biarkan diri ini hanyut dgn godaan duniawi.
Maaf atas segala-galanya.
Halalkan segala-galanya.
Agar kita mampu mengukir senyuman di akhirat sana.
INSYAALLAH.
ALLAH DEKAT DI HATI.
Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa batasan dan sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.
Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin al-As , yang bermaksud: "Wahai Abdullah bin Amr, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."

Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.
Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.

Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani dan rohaninya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya. Malah dalam hubungan kemasyarakatan yang lebih luas, insan yang sihat itu ialah yang dapat memelihara diri dan mampu berada dalam keadaan aman dan damai dalam persekitaran masyarakat, ekonomi dan politik, tanpa perbezaan bangsa dan sebagainya.

Kesihatan jasmani dan rohani serta kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang bersepadu dan tidak dapat dipisah-pisahkan. Insan yang sihat badan, roh dan jiwanya berserta yang sihat pergaulannya sahaja yang merupakan insan yang seimbang, mantap dan produktif. Usaha manusia untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah dengan menguasai ketenangan jiwa, kesihatan tubuh badan dan menghindari kekusutan fikiran. Inilah yang ingin dicapai menerusi konsep hiburan dalam Islam.

Jasmani yang sihat akan menjamin kecerdasan otak dan minda, ketenangan dan kematangan perasaan; dan dengan itu terhindarlah segala tekanan dan masalah jiwa dan sebagainya. Kesihatan jasmani dan rohani akan melahirkan akal dan jiwa yang kuat dan kukuh, berdaya saing, kreatif dan pantang menyerah dalam menghadapi pelbagai masalah kehidupan. Dengan itu juga maka masyarakat akan terselamat dari sebarang kegiatan yang memudaratkan, malah ia akan menjadi insan yang lebih berdisiplin, dan imannya menjadi semakin kuat dan mantap.

Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan sesuai serta selesa dengan budaya tempatan. Berdasarkan kepada fakta sejarah, bahan dan bidang untuk kesenian dalam Islam adalah luas dengan segala kebaikan dan kehalusan seninya.
Tetapi adakah masyarakat kita memberi laluan yang sewajarnya untuk perkembangan hiburan tanah air dilahirkan menerusi acuan dan pendekatan Islam?Sesungguhnya masalah dan perdebatan inilah yang ingin dicari penyelesainya supaya ianya menjadi satu titik tolak ke arah yang lebih bermakna demi mendapatkan keredhaan Allah s..w.t. dalam konteks memenuhi naluri keinginan manusia menerusi hiburan yang terpimpin.

BERHIBUR TIADA SALAHNYA

JIKA TAHU ATURANNYA DALAM ISLAM

ISLAM UNTUK SEMUA

ISLAM SESUAI SEPANJANG ZAMAN.

SAYANG ISLAM

YAKIN PADA ALLAH SWT
PEMIMPIN menjadi contoh kepada pengikutnya dan mempunyai pengaruh besar dalam mencorakkan pemerintahannya. Kepemimpinan Rasulullah SAW berasaskan akhlak mulia menarik golongan bukan Islam memeluk Islam dan mentaati Baginda sebagai ketua negara. Pemimpin sebagai model mestilah menunjukkan sahsiah yang baik dalam kepemimpinan dan kehidupan hariannya. Satu sifat amat diperlukan dalam melaksanakan segala perkara dipertanggungjawabkan kepadanya ialah sifat amanah. Amanah adalah salah satu sifat terpuji (mahmudah), malah ia juga adalah satu daripada empat sifat wajib bagi Rasul. Oleh sebab amanahnya Rasulullah dalam melaksanakan perkara dipertanggungjawabkan kepadanya, Baginda diberi gelaran al-Amin oleh orang Arab Quraisy.

Perkataan amanah berasal daripada perkataan Arab 'amanah' yang dibahasa Melayukan. Dari segi bahasa ia bererti tenteram, aman, terselamat dan harmonis manakala dari segi nilai dan akhlak pula, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan dalam kepercayaan itu. Dalam erti kata lain, amanah ialah tanggungjawab diterima seseorang dan kepadanya diberikan kepercayaan melaksanakannya sebagai mana dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sempurna, ia berasa tenteram, aman terselamat dan harmonis. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada (orang) yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." - (Surah al-Nisa', ayat 58)

Dalam pengertian umumnya, amanah boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab yang boleh dipersoalkan. Suatu istilah lain yang memberi erti bertentangan dengannya ialah 'khianat'. Rasulullah menjelaskan mengenai sifat orang munafik bermaksud, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya." - (Riwayat al-Bukhari). Dalam bahasa Melayu 'khianat' ini sering juga disebut 'pecah amanah'. Sesungguhnya seseorang mempunyai sifat amanah, tidak akan timbul di hatinya untuk melakukan sebarang pengkhianatan atau penipuan terhadap perkara yang diamanahkan kepadanya. Konsep 'amanah' ialah tanggungjawab yang boleh dipersoalkan.

Hal ini boleh difahami daripada hadis Rasulullah bermaksud:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seseorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya."Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin." – (Riwayat Muslim).

Hadis menjelaskan konsep amanah amat luas. Ia bukan saja berkait dengan sesuatu yang diamanahkan orang lain kepada kita saja, malah juga perlu beramanah terhadap diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan terhadap Allah. Amanah terhadap diri sendiri adalah seperti kewajipan menjaga kesihatan tubuh badan, menyediakan keperluan diri seperti pakaian, makanan dan minuman termasuk berusaha memperbaiki masa depan dengan mengambil berat mengenai pelajaran. Amanah seorang ayah pula ialah diperintahkan supaya memelihara dan memberi didikan kepada anak isteri dan membimbing mereka ke jalan yang diredai Allah.

Secara mudahnya, semua manusia adalah dikehendaki beramanah. Dalam Islam amanah adalah perkara pertama ditawarkan Allah kepada alam semesta seperti langit, bumi, gunung-ganang dan bukit bukau untuk memikul bebanan yang sangat penting iaitu bekerja mengabdikan diri mengikut peraturan tertentu. Tetapi semua makhluk itu menolak tawaran Allah itu kerana tidak sanggup memikul amanah yang sangat berat. Umat manusia tidak boleh melepaskan dirinya daripada menunaikan amanah dibebankan kepadanya kehendak kehidupan terutama dalam menjalankan urusan pentadbiran menguruskan masyarakat semestinya dipelihara dan dikawal tanpa dicemari unsur merosakkan. Sebarang kerosakan berlaku kepada urusan pentadbiran masyarakat dalam setiap bidang, maka ia perlu diperbaiki berdasarkan kepada amanah diserahkan kepadanya. Manusia perlu amanah kepada dirinya, keluarganya, kerjayanya dan negaranya di samping menunaikan amanah diserahkan agama.

Amanah adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan masa depan atau hala tuju sesebuah masyarakat. Semua perkara yang dilakukan individu adalah berlegar di sekitar amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya. Dalam pembinaan masyarakat, amanah satu nilai dan etika terpenting. Dengan beramanah, kesejahteraan, keamanan dan keadilan dalam masyarakat dapat diwujudkan. Cirinya jelas tergambar di dalam tindakan seperti menggunakan masa dengan sebaiknya; membelanjakan harta awam mengikut peraturan ditentukan dan jauh sekali daripada melakukan rasuah dan pembaziran; dan menyiapkan kerja yang diamanahkan mengikut tempoh ditetapkan.

Sebenarnya, kecuaian di dalam menjalankan tugas, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dan melakukan tugas peribadi dengan berselindung di sebalik tugas rasmi boleh meruntuhkan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Dalam kata lain masyarakat akan menjadi kucar-kacir, porak-peranda dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati disebabkan perbuatan tidak beramanah itu. Amanah diletakkan sebagai satu nilai terpenting dalam masyarakat kerana sifat masyarakat itu sendiri yang bergantungan atau memerlukan antara satu sama lain. Orang kaya dan miskin, penjual dan pembeli, pemimpin dan pengikut, pegawai dan kakitangan, pemerintah dan rakyat bergantung antara satu sama lain. Begitulah pentingnya amanah dalam membina masyarakat.




Sahabat2. Mereka tetap melaksanakan solat jemaah walaupun halangan dan dugaan di depan mata mereka. Tetapi kita dalam keadaan negara yang aman, boleh dikira atau tak dapat nak kira langsung muslim yang berjemaah. Sedihnya, apabila bilangan muslim di shopping complex yang bergerak secara berjemaah lebih banyak daripada bilangan muslim yang berjemaah di rumah Allah. Sedarlah, bahawasanya ajal datang tanpa diketahui. Sudah banyakkah amal yang kita buat?
Allah telah memudahkan kita dengan menggandakan amalan kita sekiranya kita solat berjemaah. Rugilah, sekiranya kita diberi peluang untuk berjemaah, tetapi disia-siakan.
Peringatan ini untuk ana sendiri yang masih lemah imannya. Dimana iman manusia seperti omabak, sekejap tinggi sekejap rendah. Sama-samalah kita berjemaah dan mengimarahkan rumah Allah.
Allah dekat di HATI.





Allah berfirman yang bermaksud: : "Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 21)

Ya Allah
Kuatkan imanku
Dalam kehidupan ini
Penuh tentangan dan jua rintangan
Mudahkanlah tempuhi jalanku
Sesekali terjebak dalam lautan dosa
Terasa hilang jiwaku


Allah
Kutahu cintaMu
Kau berikan nikmat melimpah
Setiap saat tiada terputus
Namun ku jarang mensyukuri
Ku sedari semua
Nafsu telah menipu
Hinggaku lupakan cintaMu


Ya Allah
Dunia menipuku
Indahnya palingkan mata
Ya Allah
Dunia menipuku
Indahnya palingkan mata
Terjebak aku dalam pesonanya
Hilanglah syukurku padaMu
Ya Allah Tuhanku
Ampunkan dosaku
Agar lurus jalanku ini

Allah
Betapa indahnya
Bila hidup dalam petunjukMu
Namun kusedari
Betapa beratnya
Untuk mendapatkan semua itu
Ku tiada berdaya tanpa pertolonganMu
Wahai Tuhanku yang Kuasa
Ya Allahu Ya Rahman
Pintaku hanya kepadaMu
Kembalikan jiwa ghairahku
Menuju jalanMu yang satu
Tiada daya kuatnya jiwa
Tanpa redhaMu Ya Allah
Tiada daya kuatnya jiwa
Tanpa redhaMu Ya Allah

Allah
Kutahu maksudMu
Kau ciptakan semua ini
Untuk beribadah dan taat padaMu
Namun ku sering melalaikan

Ya Allah Tuhanku
Ampunkan dosaku
Agar hidupku selamat




friend..we are never too old to learn,
and never too young to die..
follow the step of ulama' to learn and
follow the step of syuhada to die..
life is for Allah!
Aku berdebar-debar apabila terdengar namamu,
Aku menjadi tidak tentu arah apabila melihat wajahmu,
Aku menjadi kaku apabila berhadapan denganmu,
Lidahku menjadi kelu untuk menyatakan betapa aku sayang padamu,
Aku berusaha untuk menjadi kekasih yang sempurna untukmu,
Aku sentiasa memastikan agar setiap apa yang aku lakukan mendapat kepujian darimu,
Aku menanti-nanti kau lafazkan sayang kepadaku,
Ketahuilah aku sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang terpenting buatmu.
Aku Sayangkan Dikau.


ehm........... inilah kata-kata hikmah seorang yang sedang dilamun cintun. Bak kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena, mandi tak kenyang.

Ish, ish, ish.... melampau betul. Sampai ke tahap tu sekali apabila kita jatuh cinta dengan seseorang.
Di sini, ana suka nak kongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat. Apabila kita tengok keadaan orang bercinta sepeti ini ( tahap kritikal, sampai tak sedar apa-apa ). Ana terfikir, adakah kita pernah jatuh cinta kepada kedua ibu bapa kita sampai ke tahap itu. Maksud ana takdela jatuh cinta pada ibu bapa sampai mandi tak basah. Sama-sama kita fikirkan apabila manusia bercinta sesama manusia ( yang haram punya ye ana nak cakap ni ), sampai ke tahap setiap detik kita ingatkan si dia. Adakah anda begitu juga? Kalau ye, masih belum terlambat untuk terjaga dari dibuai mimpi.

Adakah kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita sampai ke tahap setiap detik kita sentiasa teringatkan mereka. Kalau ingat, alhamdulillah.

Tapi ana suka nak jadikan analogy orang bercinta yang tengah hangat ni dengan perasaan kita apabila bercinta dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Persoalan pertama: Benarkah kita sedang bercinta dengan Allah SWT?
: Adakah nama Allah SWT sentiasa di bibir kita?
: Adakah kita sentiasa teringatkan Allah SWT?

Cuba kita bayangkan, sewaktu hendak solat ( waktu kita berdating dengan Allah SWT )di mana di waktu itu kita berjanji untuk berdating.
  • Adakah persiapan kita serupa sebagaimana kita hendak berjumpa kekasih kita?
  • Adakah kita berusaha untuk nampak sempurna apabila menghadap ya RAB?
  • Adakah kita berdebar-debar apabila hendak menghadap Allah SWT?
  • Adakah kita bersedia dengan mental, fizikal dan emosi?
dan banyak lagi persolan yang ana nak utarakan agar kita berfikir tetapi ana rasa lebih baik fikirkan sendiri. Ana pasti sahabat-sahabat lain lebih arif dan kritis.

Sahabat-sahabat kita harus sedar yang kita hendak menghadap seorang yang sangat sempurna dari segala aspek. Bukanlah seorang gadis yang cun-melecun. Bukanlah jejaka yang kacak dan gagah tetapi Allah SWT yang sempurna.

Apabila kita hendak melafazkan ayat-ayat cinta kepada seseorang kita akan berdebar-debar tetapi kita tidak berdebar-debar apabila melafazkan ayat-ayat cinta kepada Allah SWT. Malah kita tidak sedar yang kita sedang melafazkan cinta kita terhadapNya. Apakah kedudukan Allah SWT di hati kita?

Adakah kita benar-benar merayu dan berharap kepada Allah SWT agar cinta kita diterima dan kesalahan kita diampunkan?
Adakah pujukan kita kepada Allah SWT sama dengan pujukan kita terhadap kekasih kita yang sedang merajuk?
Adakah usaha pujukan kita itu sama?

Semua persoalan ni jawablah sendiri.

Di manakah kedudukan Allah SWT DI HATI KITA?

Teringat sahabat-sahabat Rasulullah SAW, mereka menggigil apabila mengambil wuduk. Tetapi............................ kita...

Fikir-fikirkanlah

Allah dekat di hati.