Buku ini mengisahkan kehidupan seorang pejuang Islam iaitu As-Syahid Hassan Al-Banna. Dalam buku ni jelas menunjukkan bahawa pentarbiyahan seorang Muslim bermula dari rumah.
Antara isi kandungan penceritaan didikan Hassan Al-Banna kepada anaknya
  • Makan bersama, yang penuh kenangan
  • Tidak ada suara keras di rumah kami
  • Bangunkan aku 7 minit lagi
  • Mahu tahu tentang masa kecilku?
  • Ayah membawakan bekal ke sekolah
  • Apakah keperluan rumah bulan ini?
  • Hasilnya, kami patuh tanpa perlu diperintah
  • Ada wang belanja harian, mingguan dan bulanan
  • Ayah mengutuskan pengintip
  • Nilai hidup ada pada keimanan
  • Menasihati tidak secara langsung
  • Menyemai cinta melalui teladan
  • " Aku mula membaca dari ayat ini..."
  • Berinteraksi sewajarnya dengan masyarakat
  • Keterlibatan yang bijaksana
  • Setiausaha peribadi ayah
  • Rak-rak buku yang menjadi saksi
  • Ayah menemankan kami ketika bermain
  • Ayah membiarkan saya menghabiskan bacaan komik
  • Ayah menjatuhkan hukuman kepada kami
  • Menyedarkan anak gadis dengan peranan kewanitaannya
  • Jangan anggap ayahmu bermanfaat untukmu akhirat kelak
  • dan lain-lain lagi

Cara beliau mendidik anaknya dengan penuh berhikmah serta penuh kelembutan dan kasih sayang.

Antaranya, dia tidak memarahi anaknya apabila anaknya tidak mahu ke sekolah, memakai pewarna kuku, menutup pintu apabila tetamu ayahnya hadir, membaca komik cinta dan lain-lain lagi. Setiap masalah tersebut berjaya beliau hadapi tanpa menggunakan kekerasan malah memberi satu impak yang besar pada diri anak-anaknya. Hasilnya anaknya antara pejuang yang meneruskan perjuangannya.

Bagaimanakah dia mengatasi anaknya yang terpengaruh dengan budaya negatif tanpa kekerasan dan bersuara tinggi?

Bagaimana dia menerapkan aqidah dalam diri anak-anaknya walaupun dia sibuk berurusan di luar?

Bagaimana dia mampu memperuntukkan masa bermain, makan dan belajar bersama anak-anaknya, sedangkan dia sibuk ke sana-sini dalam menyampaikan dakwah islam?

Bagaimana dia boleh memberi sepenuh perhatian terhadap masalah akademik dan kesihatan anak-anaknya, sedangkan kader Ikhwanul Muslimin masih memerlukan perhatiannya?

Bagaimana dia terapkan jihad dalam diri isterinya, di mana isterinya sanggup memberi perabot-perabot rumah bagi memastikan dakwah Islamiyah itu berjalan?

Sesungguhnya, As-Syahid Hassan Al-Banna telah menerima pentarbiyahan yang mantap dan akhirnya berjaya menyebarkan dakwah dan memberi impak yang besar pada gerakan dakwah pada masa ini. Dan dia juga tahu bahawa KELUARGA ADALAH OBJEK NOMBOR 1 YANG HARUS DIBERIKAN PERHATIAN.

Firman Allah SWT:

" Dan berilah peringatan kepada keluarga kalian yang dekat "

Hassan al-Banna benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dan qudwah dalam hidupnya. Beliau berjaya membuktikan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mempraktikkan cara hidup Rasulullah saw pada masa kini. Malah tindakan kita berdasarkan al-Quran dan hadith akan memberi impak yang besar dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini, bolehla contact 0194508481.

Wassalam.

PENTARBIYAHAN MUSLIM BERMULA DARI RUMAH.





















1 ulasan:

Syahidah berkata...

Menarik tu~Rasanya antara sebab anak mendengar kata ialah apabila ditegur dengan berhemah oleh ibu bapa..bukan dengan marah..