SEMINAR NAFAS BARU MENJELANG RAMADHAN DAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1430H USM KAMPUS KESIHATAN

Tarikh : 19 Ogos 2009/ 28 Syaaban 1430H (Rabu)
Tempat : Dewan Utama

ATURCARA PROGRAM
8:00am - Pendaftaran peserta
8:25am - Bacaan Doa
8:30am - Ceramah 1 :
'Kesan Merokok ke atas Kesihatan dan Prestasi Akademik Pelajar
Sekolah'oleh Dr Haji Wan Nudri Wan Daud - Timbalan Pengarah Pusat Islam USM
9:30am - Ceramah 2 :
'Kaitan Merokok dengan Kualiti Iman dan Kesan ke atas Umat Islam'oleh Dr Haji
Abdul Basit Haji Abdul Rahman - Musyrif Pondok Sungai Durian
10:30am - Rehat/ Minum pagi
11:00am - Ceramah 3 :
'Berhenti Merokok Menjelang Ramadhan - Kaedah dan Cabarannya'oleh
Dr Harmy Mohd Yusoff - Pensyarah Jabatan Perubatan Keluarga USM


Majlis Perasmian Penutup

12:00 tgh hari - Bacaan al-Quran
12:10 tgh hari - Ucapan Perasmian
12:20 tgh hari - Multimedia
12:30 tgh hari - Penyampaian hadiah dan sijil Pertandingan Menulis Esei Sekolah-sekolah
Menengah Daerah Kota Bharu
12:40 tgh hari - Penyampaian cenderahati
12:45 tgh hari - Bersurai


ANJURAN : PUSAT ISLAM USM, KAMPUS KESIHATAN
YURAN PENYERTAAN
Warga USM & Pelajar sekolah : Percuma @ Derma ikhlas untuk
Tabung Ihya Ramadhan(Anggaran 200 staf & 200 pelajar sekolah)-
Orang awam : RM 25

PERTANYAAN:
09-7663288 (Ustaz Rosdian/ Ustaz Nesrudin/ Ustazah Noraynie)
09-7664910 (Ustazah Amira)
013-2331150 (Ustaz Rosdian)
MAI LA, SAMA2 KITA TAMBAH ILMU.
INSYAALLLAH, SAMA2 KITA CARI KEREDHAAN ALLAH SWT.

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966
UKHUWAHFILLAH NEVER END.




INSAN DIDIKAN ALLAH SWT

Insan didikan Allah
Pasti indah akhlakmu
Pasti lunak bicaramu
Pasti mulus tingkahmu

Muhammad
Walaupun wajahmu tidak pernah kulihat
Tapi cinta teragung
yang pernah kau
semarakkan
1400 tahun dahulu
masih bernyala hingga kini

Dan kudapat rasakan
desah nafas
cintamu yang agung
kepada Allah
kepada umat

Bicaramu bak haruman kasturi
mewangi semerbak
menyusup ke segenap urat nadi

Membuat insan
tersentap sunyi
Membuat suraqah tersentak
menjatuhkan pedang

Insan didikan Allah
Hatiku disentap sepi
FILEM Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengenai persandingan serentak anak dan bapa memberi idea kepada seorang usahawan untuk melangsungkan hari bahagianya itu bersama anak sulungnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.Kedua-dua pasangan mempelai itu, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45, dan isteri, Intan Nor Farliana Shamsudin, 19, serta Mohd. Nurfaizalizwan Mohamad Senuan, 22, dan Siti Yusnita Ab. Manah, 23, disandingkan di atas satu pelamin dalam satu majlis persandingan berkonsep batik warna warni yang dihadiri hampir 1,000 tetamu.

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bagi Mohd. Nurfaizalizwan tiada yang lebih membahagiakan selain daripada berpeluang bersanding serentak dengan bapa tercinta, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45 tahun. Persandingan ‘anak bapak’ itu menyaksikan Mohd. Nurfaizalizwan, 22, bersama pasangannya, Siti Yusnita Ab. Manah, 23, manakala bapanya, Mohamad Senuan dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, 19.

Majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Bukan sahaja mereka bersanding bersama, anak dan bapa itu juga berpakat memberikan wang hantaran kepada pasangan masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu RM8,000.
Lebih menarik majlis itu turut disaksikan oleh bekas Mohamad Senuan iaitu Norliah Hussin, 45, yang juga mengambil bahagian dalam upacara merenjis pasangan pengantin tersebut.
Ketika ditemui, Norliah berkata:
‘‘Saya sungguh gembira kerana majlis persandingan bekas suami dan anak sulung kami berlangsung dengan meriah’’.
Mohd. Nurfaizalizwan, 22, berkata, hasrat bapanya mahu mengadakan majlis persandingan mereka secara serentak disambut dengan kegembiraan berganda seluruh keluarga kedua belah pihak.

‘‘Sukar untuk menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata. Tidak pernah termimpi akan bersanding serentak dengan bapa dalam majlis yang sama. ‘‘Peristiwa ini cukup indah dan menjadi sejarah yang sangat bermakna untuk diri saya sekeluarga,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini malam ini.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Setor di syarikat swasta bernikah dengan Siti Yusnita pada 30 April lalu manakala bapanya, Mohamad Senuan diijab kabul dengan Intan Nor Farliana pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Mohamad Senuan berkata, idea untuk mengadakan persandingan serentak dengan anaknya diperoleh daripada filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Anak Bapak.
‘Selain dapat mengumpulkan ahli keluarga dalam satu majlis yang sama, kami juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.
‘‘Majlis ini akan menjadi kenangan indah seumur hayat,’’ kata ahli perniagaan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Majlis persandingan yang berkonsep batik warna warni itu dihadiri hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada sanak saudara kedua-dua keluarga serta kenalan rapat mempelai.
Siapa ikutan anda??? P.Ramlee??? Whatever.

Soalan 1: Adakah anda sebagai pelajar, layak skor dalam exam tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan tips yang diberikan oleh lecturer anda walhal anda tahu tips dari lecturer tersebut memang benar???
Soalan 1, rasanya ramai akan jawab TIDAK LAYAK...kerana memang rata2 akan ikut je tips2 exam yg lecturer bagi..especially kalau lecturer kata "ok..ni subtopik yg masuk exam..".


Soalan 2: Adakah anda sebagai hamba, layak ke syurga di akhirat kelak tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan suruhan & larangan yg ditetapkan oleh Tuhan anda dalam Al-Quraan walhal anda tahu Al-Quraan dari Tuhan tersebut memang benar???
Tapi soalan 2, jawapannya...of kosla kita dah tahu kan??..tapi ramai lagi masih buat tak tahu dengan kenyataan ini. Stuju?
FIKIR-FIKIRKAN...
Wednesday, May 20, 2009

Kongres Pendidikan Islam GAMIS Platform Terbaik Bincang Isu Disiplin Pelajar (Berita Harian, 20 Mei)

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melihat pengenalan semula hukuman rotan terhadap pelajar melanggar masalah disiplin yang dikemukakan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini adalah saranan yang baik. Bagi saya, dalam keadaan sekarang, pendekatan mencegah dan mendidik adalah lebih baik. Statistik kadar peningkatan jenayah remaja sangat menggerunkan. Namun, apa yang kita nampak setiap hari di akhbar, hanya sebilangan kes dilaporkan.

Masa depan negara dalam bahaya jika keadaan itu dibiarkan. Bertambahnya filem mengghairahkan remaja untuk merempit , bergaul bebas tanpa batasan dan melakukan jenayah serta bertambahnya siri program realiti bagaikan cendawan di televisyen tetapi hakikatnya lebih berbahaya dari virus H1N1.Gamis mencadangkan Kementerian Pelajaran meletakkan sasaran penyelesaian masalah moral dan disiplin pelajar sekolah dengan mendekati sistem pendidikan pelajar, bukan sekadar permasalahan terbitan yang picisan saja, manakala majoriti kes lain tidak diendahkan.Kami berpendapat sistem pendidikan Islam dan moral di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) kini sudah tidak 'bermaya' untuk menyekat keganasan kes jenayah juvana daripada merempit, merogol, meragut dan membunuh.

Gamis bersedia menyediakan pentas kongres bagi kerajaan mendengar pandangan pakar pendidikan Islam.
Gamis bersedia menghimpunkan mereka bagi membahas dan resolusi kertas cadangan formula pencegahan yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, satu-satunya alternatif paling realistik kerajaan menyelamatkan remaja dan belia hari ini.

Adalah diharapkan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diadakan nanti mampu membantu memberikan impak yang tinggi kepada kerajaan untuk membuat bedah siasat menyeluruh terhadap sistem pendidikan Islam negara.Sejarah membuktikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan pelbagai lagi institusi terhasil daripada sebuah 'kuasa' kongres.

Kesan kongres anjuran Gamis ini pasti tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar di negara ini pada masa depan.

MUHAMAD SYAARI AB RAHMAN,
Setiausaha Agung Gamis.
Sumber - Berita Harian

This message was received last year from my SAHABAT SEPERJUANGAN ( Zaleha- MUSLIMAT POWER )

Sama-sama kita doakn untuk jadikan Allah sebagai yang paling dekat dengan kita. INSYAALLAH.

Allah sebaik-baik tenpat mengadu, then mak kita..., ayah... adik... sahabat2.

InsyaAllah,kalau ada kesempatan n umur panjang,kita jumpa lagi di dunia ni. Jika tidak,mudah2an kita dikumpulkan Allah berjumpa di syurga,n bercakap2 di bawah naungan pohon syurga.

"(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku)." katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat(keadaan rakanku yang ingkar itu)?" Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) "[As-saffaat:50-57]

Ibn Kathir dlm menafsirkan ayat2 ini berkata: Allah tells us that the people of Paradise will approach each other and question each other about their lives on the earth, discussing how they used to be and the difficulties that they used to face. This will be their topic of discussion while they take drinks and meet together, socializing and reclining on couches, while servants attend to them, bringing them all goodness in the form of food, drink, and apparel, the likes of which no one has ever before seen, heard, or even imagined.

A beautiful message from Allah.

INDAHKAN BERSAHABAT KERANANYA. KEINDAHANNYA TIDAK BERAKHIR DI DUNIA TETAPI BERTERUSAN HINGGA KE AKHIRAT SANA. INSYAALLAH.

From: Dr. Aisyah. ( Poison Ivy )

Terima kasih kak aisyah.
SEGALA-GALANYA ADALAH KERANA ALLAH SWT.
Lapangkanlah masa kamu untuk beribadah kepada aku
nescaya aku penuhi hati kamu dengan kekayaan dan tangan kamu dengan rezeki. Dan janganlah kamu lari daripada aku, nescaya aku penuhi hati kamu dengan kemiskinan dan tangan kamu dengan kesibukan (Hadis Qudsi)

Orang yang tidak membaca al-Quran akan lemah semangatnya dan tidak akan dapat membina kecemerlangan yang hakiki dalam hidupnya. (Hj Mohd Shafie Md Amin al-Muqri)


STUDY JUGA IBADAH JIKA DINIATKAN KERANA ALLAH SWT, MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.


Sahabat-sahabat yang nak exam, jgn stress. tenang-tenang je.
Jangan putus asa, dalam Islam tiada istilah PUTUS ASA
Kerana umat Islam lakukan sesuatu kerana Allah SWT.
Bolehkah kita lakukan putus asa kerana Allah SWT??? ( pelikkan )
Jangan lemah semangat.


" In time of trouble and difficulties in ur exam or life. Don't ever say, " Oh my God, I've a big problem," but say " Hey problem, I"ve a big God, ALLAHUAKBAR."


Ni kata-kata semangat je. Tapi klo ad mslah, rujuklah pada Dia Yang Maha Mengetahui.
Setiap masalah, jalan penyelasaian adalah dariNya.
Wallahualam


Doakan kejayaan bersama.
Chaiyok, chaiyok