Indahnya ISLAM jika kita benar-benar mencari Islam dengan kefahaman bukannya ikutan semata-mata. Kadang kala tindakan yang kita lakukan adalah semata-mata kerana kita suka melihat cara seseorang yang dianggap idola bagi kita. Tapi ingatlah sahabat2 siapakah ikutan kita sebenarnya. RASULULLAH SAW. Jika benar, sahabat-sahabat cintakan Rasulullah SAW. BUKTIKAN, TLG BUKTIKAN. Menitis air mata ini, apabila melihat ajaran Rasulullah diketepikan kerana percayakan kata-kata manusia yang kita kagumi dan percayai.


Tanyalah pada diri sahabat-sahabat, benarkah aku mencintai Rasulullah SAW? Apakah amalan yang kita yang mengikut sunnahnya. Tanpa disedari, begitu banyak amalan yang telah kita amalkan tetapi tidak tahu hujahnya. ISLAM TERTEGAK DENGAN HUJAH.


Sedarkah sahabat2, amalan kita membuang air dengan duduk berpijak di atas dua biji batu bata merupakan amalan Rasulullah SAW. Sedar atau tidak, tanyalah pada diri sendiri.


Daripada Kitab Thaharah bab 4: Shahih al-Bukhari: Bab: Orang yang membuang air dengan ( duduk ) berpijak di atas dua biji batu bata.


Mungkin ada yang mengatakan perkara seperti ini tak perlu dibincangkan. Tapi bagi ana, setiap apa yang Rasulullah SAW lakukan ana harus ambil berat kerana Rasulullah SAW merupakan idola ana dan sepatutnya menjadi idola setiap manusia. Bukannya manusia-manusia yang terkinja-kinja, melalak, terbuka sana terbuka sini yang kita ambil berat tentang apa yang berlaku terhadap mereka. Itulah yang terjadi sekarang.


Dalam hadith ini:


" Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Sa'id daripada Muhammad bin Yahya bin Habban daripada bapa saudaranya Waasi' bin Habban daripada 'Abdullah bin 'Umair bahawa beliau berkata: " Orang ramai mengatakan apabila engkau duduk untuk membuang air maka janganlah engkau menghadap Qiblat dan janganlah juga menghadap Baitulmaqdis. ' Abdullah bin Umar berkata: " Pernah pada suatu hari saya naik ke atas bumbung rumah kami, tiba-tiba saya ternampak Rasulullah SAW sedang DUDUK BERPIJAK DI ATAS DUA BIJI BATU BATA dengan menghadap Baitulmaqdis untuk membuang air. Dan dia Ibnu Umar berkata kepada Waasi': " Barangkali engkau ini termasuk di kalangan orang-orang yang bersembahyang dengan meletakkan punggung-punggung mereka ke lantai". Saya Waasi' berkata: " Saya tidak tahu, demi Allah(apa maksudnya)". Malik menjelaskan: " Maksudnya ialah orang yang bersembahyang dalam keadaan tidak terangkat punggungnya dari lantai. Dia sujud dalam keadaan punggungnya melekat di lantai".


Sahabat-sahabat, amalan ini sudah kita amalkan sekian lama, tapi kita tak tahu hujahnya. Bagi mereka yang menyedari diri mereka kurang ilmu, tuntutlah ilmu. Carilah ilmu yang sepatutnya dituntut oleh hamba Allah SWT. Jangan bicara tentang Islam jika tidak tahu hujahnya. Lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan sesuatu yang tidak pasti hujahnya.


Marilah sama-sama kita menambah ilmu bagi mencapai keredhaan Allah SWT agar setiap tindakan yang kita lakukan kita tahu hukumnya. Bertuahlah bagi sahabat-sahabat yang ada di Kelantan. Terlalu banyak tempat dan masa yang kita boleh cari untuk menuntut ilmu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Setiap apa yang ana coretkan ini ditujukan kepada diri sendiri yang berusaha untuk menambah ilmu yang sepatutnya dicari oleh hamba Allah SWT. Minta maaf atas segala silap dan salah. Setiap apa yang berlaku, setiap detik tanpa disedari adalah tarbiyah dari Allah SWT. Tarbiyah bukan pada waktu tertentu atau event tertentu tetapi sepanjang masa. Itulah gunanya muhasabah diri setiap hari agar kita sedar yang diri ini ditarbiyah. Pahatkan dalam hati, Allah sentiasa di sisiku untuk mendidikku bukannya menghancurkanku. SEDARLAH SAHABAT-SAHABAT.


AL-QURAN DAN SUNNAH IKUTAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG DICINTAI.

2 ulasan:

jarifham berkata...

btol2, jom tambah ilmu..selagi hayat dikandung badan..Orang Islam mesti Kuat!!!

Syauqah Solehah berkata...

btul,btul, btul
UMAT ISLAM MESTI KUAT
syukran kak ja ku sayang
hehehehehe :)