Assalamualaikum

Sahabat-sahabat, sepanjang ana berada dalam dunia sebagai pelajar perubatan. Banyak yang telah ana pelajari. Alhamdulillah, tarbiyah direct dari Allah SWT.

Apa yang ana ingin kongsikan adalah...............
Sahabat-sahabat perasan tak, kita selalu dimarahi oleh doktor kerana tidak dapat menjawab soalan yang telah dipelajari. Mungkin ada yang terkesan dengan kemarahan tersebut, mungkin ada yang dah immune or mungkin ada yang loss of consciousness ketika dimarahi. Apa-apa je la, tanyala pada diri sendiri.

Selalu je diri ini dimarahi doktor, terkesan jugala. Slalu terfikir di minda,
  • macam manalah aku nak jadi doktor yang baik ni, baru je belajar dah lupa??
  • macam manalah nak survive dalam perubatan ni, tertukar2 disease dalam kepala ni?
  • macam manalah ni, bleh fikir 1 blok je xleh nak fikir blok lain ni???
  • kena berubah, kena cari jalan gak tuk jadi doktor yang x harm patient

dan macam-macam lagila yang bermain di dlm fikiran. ( PERSONAL ).

Tapi, ada satu hari tu. Sangat-sangat takut dengan doktor tu. Padahal dia bukannya marah, cuma terlalu serius. Doktor ni telah wujudkan suasana yang stress dalam diri ini. Apa yang mampu dilakukan adalah bertenang dan berzikir. Hanya Allah yang tahu betapa diri ini tertekan dalam keadaan macam tu. Habis je sesi pembelajaran dengan doktor ni, semua menghembus nafas lega. LAWAKNYA.... Tanya dekat senior, memang doktor tu sengaja bagi suasana stress. Sebab nk student cepat catch-up. Btulla jugak, dengan doktor ni tak leh salin apa yang dia cakap. Kena hafal waktu tu jugak. Alhamulillah, bila diberi stress. Senangla pulak hafal apa yang doktor ajar. Ish, ish , ish.

Dalam perjalanan nak balik billik, diri ini terfikir. Ini baru di dunia, bagaimana agaknya di akhirat nant.Inikah petunjuk yang ingin Allah berikan padaku agar aku dapat muhasabah diri ini. Diri ini terfikir, andainya di akhirat kelak Allah bertanyakan padaku tentang sesuatu yang Allah murka. Sesungguhnya kemurkaan Allah amt dahsyat tapi ingatlah kasih syang Allah tak dapat nak dihitung.

Bagaimana sekiranya Allah murka dengan aku, apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku nak cakap yang aku terlupa, sedangkan setiap hari Allah menyuruh kita supaya mengingatiNya agar dosa dapat dihindarkan. ( SOLAT LIMA WAKTU ).

Firman Allah SWT:

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Al-ankabut:45 )

Adakah aku nak cakap yang aku tak tahu, sedangkan

Firman Allah SWT:

Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

( al-Baqarah:213 )

Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat.

( al-an'am:90 )

dan banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan bahawasanya tiada alasan untuk kita cakap kita tidak tahu

Apakah lagi jawapan yang mampu aku utarakan. Mungkinkah aku terdiam dan bersedia untuk dihukum oleh Allah SWT. Sesungguhnya seksa neraka amat pedih.

Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian[538] di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu[539]: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui".

Dan berkata orang-orang yang masuk terdahulu di antara mereka kepada orang-orang yang masuk kemudian: "Kamu tidak mempunyai kelebihan sedikitpun atas kami, maka rasakanlah siksaan karena perbuatan yang telah kamu lakukan".

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit[540] dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum[541]. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.

( Al A'raaf: 38-40 )

Sahabat-sahabat, banyak peringatan or tazkirah telah diberikan di kampus USM ini. Samada daripada doktor, ustaz, ustazah dan sahabat-sahabat kita. Program-program seperti MPI dll bukanlah untuk seronok berprogram tetapi ada objektifnya.

Bagi pandangan ana, MPI merupakan medan dakwah yang besar kerana melibatkan semua pihak di USM. Tazkirah-tazkirah di surau murni dan nurani, bukanlah sekadar untuk mengisi masa lapang tetapi sebagai satu medan untuk kita berdakwah dan muhasabah diri bersama sahabat-sahabat. Semua perkara ini dibuat oleh sahabat-sahabat yg mengorbankan diri mereka memikirkan bagaimanakah caranya untuk berkongsi ilmu, mencari Islam dan untuk memahamkan sahabat-sahabat yang lain ISLAM ADALAH SEGALA-GALANYA bukanlah kerana suka-suka berprogram or suka mengaktifkan diri or suka MENCAPUB or sukakan kekuasaan di kampus. Bukan itu yang mereka inginkan. Mereka terlalu sayang dengan sahabat-sahabat kerana Allah SWT, mereka merasakan itulah tanggungjawab dan amanah mereka yang faham untuk memahamkan atau mengingatkan kembali sahabat-sahabat yang lupa.

Anda fikir, mereka tidak letih, mereka tidak perlukan masa untuk berehat, mereka tidak perlu memikirkan diri mereka. Semua itu mereka perlukan. Tapi kerana sayangkan ISLAM, mereka berkorban. Kadang-kadang pasti ramai yang tertanya, " Kenapalah mereka suka menyusahkan diri mereka ini." Sudah pasti jawapan dihati mereka " kerana aku ingin berehat dengan tenang di akhirat sana bersama mereka-mereka yang dicintai Allah SWT. InsyaAllah, sama-sama kita doakan diri ini terpilih menjadi hamba yang dicintai oleh Allah SWT.

Muhasabah diri ini, adakah aku tahu

  • aurat dalam Islam
  • ikhtilat dalam Islam
  • hiburan dalam Islam'
  • amanah dalam Islam
  • tanggungjawab dalam Islam
  • dll ( fikir-fikirla apa yang pernah dipelajari dahulu ) * rasanya silibus pendidikan agama kat Malaysia ni sma je * wallahualam

Cukuplah setakat ini, pastikan setiap apa yang berlaku kaitkan dengan Allah SWT. Sama-sama kita berusaha. Kalau dimarahi oleh doktor, ingatlah macam mana kalau dimarahi oleh Allah SWT bukannya kita betul-betul lupa macam perubatan ni. Tapi buat-buat lupa. Padahal memang tahu apa garis panduan yang telah Islam gariskan.

Sahabat-sahabat, diri ini banyak menulis tapi diri ini memerlukan sahabat-sahabat untuk sentiasa menegur diri ini. Kerana diri ini sangat lemah dan mudah alpa dengan duniawi. Janganlah biarkan diri ini terus melangkah ke dunia yang tidak diredhai oleh Allah SWT. BIMBINGLAH DIRI INI SAHABAT-SAHABAT UNTUK MENDAPAT KEREDHAANNYA. Tegurlah diri ini, jangan takut untuk menegur diri ini. Sekiranya, sahabat-sahabat sayangkan diri ini. TEGURLAH DENGAN KASIH SAYANG atas kesilapan yang diri ini lakukan.

Ya Allah, Kau yang membolak-balikkan hati ini. Aku bermohon kepada Mu agar tetapkanlah hati ini setelah Engkau kurniakan hidayahdan petunjuk. Pintaku agar aku trgolong dalam golongan yang sentiasa merasai kemanisan iman. Pilihlah hambaMu yang hina ini sebagai hamba yang Kau sayangi dan redhai. InsyaAllah.

Ana ingin memohon maaf dan minta halalkan segala-galanya. Andai kata ada yang tidak dapat memaafkan or tidak dapat untuk menghalalkan., jumpalah ana agar kita setelkan masalah di dunia yang fana ini. Dengan harapan, kita menjadi orang yang tenang di padang mahsyar nanti. InsyaAllah.

Sedarlah hidup di dunia ini sementara, paling lama pun mungkin 90 tahun ( semuanya dengan ketentuan Allah SWT ). Kita hanya perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini sekejap sahaja jika dibandingkan dengan ganjaran yang Allah berikan diakhirat nanti.
Andai kata, syurga tempat kita, kita akan bahagia SELAMA-LAMANYA di syurga nanti.
Andai kata neraka tempat kita, BERTAHUN-TAHUN LAMANYA kita di neraka jika dibandingkan dengan turutan hawa nafsu kita di muka bumi ini. Tapi, Allah sangat sayangkan hambanya, akhirnya yang berada di neraka ( selagi tidak menyekutukan Allah SWT ) pasti akan dimasukkan ke syurga. Tapi ingatlah, SEHARI DI NERAKA TIDAK SEPERTI SEHARI DI DUNIA. wallahualam.

ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

stuju...
stuju dgn pemikiran saudari...
tp, mcm kenal je doc tu...
hehe

Syauqah Solehah berkata...

maaf, sape ye ni?
klo knal, jgn kecoh-kecoh
mgkn org yg sya fikir n org yg awak fikir tu berbeza.
if btul, hnya awak n saya je yg tau.
Ni msti bdak PBL kak long. Mas ye. heheehe.
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

hehhehe..betul2 cakp kak long..
hmmm...sebb tuee,kalo kita stress ngn DR,..then bila kaitkan dengn ALLAH..kita leh kembali tersenyum..menarik!!!
huhuhu..DOAkan semua sentia nerada di bawah rahmatnya ya..

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) berkata...

Niatkan dalam diri bahawa semua itu pelajaran..
Doc yg baik sentiasa menginginkan ank didiknya menjadi yg terbaik...

seorang doktor pernah kata:

"Sewaktu di kampus, jika kamu lakukan kesalahan, kamu akan dihukum, hukuman itu sebagai suatu PENGAJARAN bagimu. Tapi bila kamu sudah keluar kampus, kamu lakukan kesalahan, kamu akan dihukum, hukuman itu sebagai satu BALASAN bagimu!"

sama-sama kita baiki diri kite....smoga lahirlah kelak Dr. islam yang terbaik yg mana sekaligus menjadikan islam itu tinggi dan gah!!...

insyaAlah...

Sesungguhnya Allah sahaja matlamatku

wassalam

Syauqah Solehah berkata...

Syukran, shbt2 atas nasihat n respon yg diberikn. Sama-samalh kita berusaha jadi doktor muslim yg cemerlg dunia n akhirat. Nak exam selanjar 2 ni, sama-sama kita doakan kejayaan dunia n akhirat. huhuhu. macam mana kalo x sempat duduk selanjar 2. Bersediakah aku berhadapan dgnNya. Muhasabah diri. Allah dekat di hati. Matikanlah hambaMu ini dalam keadaan tawakalnya benar-benar tinggi padaMu.